Fahmi mahu saman pihak fitnah dirinya mengenai isu Coldplay

Fahmi mahu saman pihak fitnah dirinya mengenai isu Coldplay

FAHMI Fadzil bercakap kepada pemberita selepas Kongres Nasional Tahunan PKR Ke-17 di PUTRAJAYA. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil bersedia mengambil tindakan saman ke atas pihak yang memfitnah dirinya dalam isu penganjuran konsert Coldplay.

Beliau berkata, hantaran berbentuk infografik diterbitkan badan dikenali sebagai Gerakan Pengundi Sedar itu ternyata berbaur pembohongan daripada konteks sebenar,

“Ia mendakwa konon saya mengucapkan ‘Alhamdulillah, konsert itu berjalan dengan baik’, walhal tuduhan ini bersifat fitnah malah berniat jahat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Kongres Nasional Tahunan ke-17 di sini, hari ini.

Konsert ‘Coldplay: Music of the Spheres World Tour in Kuala Lumpur’ itu berlangsung meriah di Stadium Nasional pada 22 November lalu dengan dihadiri kira-kira 85,000 penonton.

Sebuah akhbar arus perdana dilaporkan memetik komen Fahmi sehari kemudiannya yang gembira acara itu berjalan lancar hasil kerjasama daripada pelbagai pihak berkaitan.

Mengulas lanjut, beliau menegaskan bahawa laporan asal yang disiarkan media itu juga dapat dibaca melalui laman sesawangnya dan bukan seperti digambarkan gerakan tersebut.

“Ia lari daripada apa yang saya sebut sendiri dan saya akan minta peguam untuk teliti pihak yang membuat infografik berkenaan sebelum diambil tindakan undang-undang,” tegasnya.

Fahmi bahkan berkata, langkah itu juga bukan pelik kerana beliau pernah menyaman tiga individu berprofil tinggi yang memfitnah dirinya dengan memesongkan fakta asal.

Pada masa sama, beliau memberikan peringatan kepada semua pengguna media sosial agar tidak menyebarkan hantaran berbaur fitnah dan menyemai perasaan kebencian.

Malahan, beliau tidak menolak hasrat selepas ini segera mengambil tindakan perundangan ke atas pihak terbabit kerana mengakibatkan salah faham dalam jangka masa panjang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya