Era Baharu: Langkah Berani S.U.A Group Menceburi Bidang Pelesenan dan Pendidikan

Era Baharu: Langkah Berani S.U.A Group Menceburi Bidang Pelesenan dan Pendidikan

Ed Mun Sai Cheong (tengah), Esther Ng (kiri) dan Gary Lim pada majlis mengumumkan kerjasama antara mereka dalam pelesenan dan pendidikan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR, 22 Nov.  S.U.A Interior Designs mengumumkan dua usaha sama strategik yang menyasarkan pembentukan semula landskap reka bentuk dalaman di Malaysia.

Acara berkenaan menyaksikan pelancaran inisiatif pelesenan bersama Creation 369 Interiors,  pemegang lesen perintis yang bernaung di bawah V-Space Series 01, dan perkongsian kerjasama antara Ed Mun Academy dan Creation 369 Interiors menerusi inisiatif peningkatan kemahiran pekerja. 

Ekosistem Holistik S.U.A: V-Space dan Ed Mun Academy

Esther Ng (kiri), Ed Mun (tengah) dan Gary Lim ketika mengumumkan kerjasama mereka dalam bidang pelesenan dan pendidikan.

Pengasas berwawasan, Ed Mun, menekankan kepentingan usaha sama ini yang mengetengahkan suatu ekosistem holistik yang melangkaui kerjasama konvensional. V-Space dan Ed Mun Academy yang baharu diperkenalkan, bernaung di bawah Kumpulan S.U.A, bermatlamat untuk memberikan perkhidmatan reka bentuk yang berkualiti dan pada masa sama mencetus perubahan dalam industri kreatif.

Ed Mun Academy khususnya, berusaha untuk berkongsi pandangan dan prinsip yang berharga bersama golongan pereka yang bercita-cita tinggi ini untuk mempromosikan kerjasama melebihi daripada persaingan dalam industri kreatif.

Ketua Pegawai Operasi (COO) S.U.A, Gary Lim, memperluaskan inisiatif pelesenan dengan menyatakan komitmen S.U.A bagi membolehkan lebih ramai individu menzahirkan visi tentang kediaman ideal mereka. 

Creation 369 Interiors akan melancarkan kedai peruncitan pertamanya di Sunway Velocity yang menawarkan perkhidmatan tempahan khas reka bentuk dalaman untuk projek kediaman dan pelbagai projek lain.

Perkongsian berkenaan menjanjikan sistem sokongan yang merangkumi pelbagai aspek sokongan organisasi dan program pembangunan sumber manusia bagi memastikan pemegang lesen mempunyai kebolehan dan berjaya.

Pengasas Creation 369 Interiors, Esther Ng, pula menzahirkan penghargaan kerana dipilih sebagai rakan kongsi pertama menerusi peluang pelesenan yang inovatif ini. Beliau menekankan rekod prestasi yang terbukti dan struktur sokongan SUA yang mana kedua-duanya mendorong komitmen dan keyakinannya untuk menyertai kerjasama berkenaan. 

Creation 369 Interiors merupakan yang pertama daripada ramai lagi pemegang lesen yang akan bernaung di bawah payung S.U.A yang menyediakan pendekatan baru dalam industri reka bentuk dalaman.

Acara berkenaan turut menandakan kerjasama termeterai antara Ed Mun Academy dan Creation 369 Interiors. Graduan akademi berkenaan akan memainkan peranan penting dalam rangka kerja pelesenan sekali gus menangani keperluan untuk melaksanakan usaha peningkatan kemahiran dan bakat secara berterusan dalam industri. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya