Enggan peduli isu hutang, Shila harap Eiza, adik berhenti 'live' jaja kisah keluarga - Utusan Malaysia

Enggan peduli isu hutang, Shila harap Eiza, adik berhenti ‘live’ jaja kisah keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Menganggap isu rumah banglo sudah selesai, penyanyi, Shila Amzah, berharap agar adiknya, Amir Shafiq, dan wanita bernama Eiza berhenti membuat kenyataan atau melakukan siaran langsung di platform media sosial masing-masing mengenai keluarganya.

Shila atau Nurshahila binti Amir Amzah, 33, merasakan tindakan mereka akan mengeruhkan lagi keadaan sekali gus membuatkan isu keluarga mereka sentiasa menjadi perhatian.

“Saya tidak ambil tahu. Saya tidak mahu popularkan orang yang tidak perlu.
Hari itu saya suruh dia keluar kerana memang patut Eiza keluar dari rumah banglo tersebut.

“Saya bukan mahu berlagak seperti tuan rumah, tapi semua orang perlu ada kehormatan diri.

“Benda ini sebenarnya kelakar, saya tidak tahu mengapa kita pandang ia terlalu serius. Sebab itu dari awal saya harap cukup-cukuplah. Berhentilah buat ‘live’,” katanya.

Shila Amzah ditemui Utusan Malaysia semasa sesi sidang media konsert minggu keempat program Family Duo di Glenmarie, Shah Alam, semalam.

Walaupun wanita bernama Eiza Idanie Che Salehitu mendakwa bapanya Shila, Datuk ND Lala, pernah menggunakan wang miliknya sebanyak RM8,000 untuk mendaftar keahlian perniagaan, penyanyi Memori Tercipta itu menegaskan ia bukan alasan kukuh untuk Eiza tinggal di banglo miliknya.

“Secara logiknya, rumah itu rumah siapa? Saya tiada kaitan dengan dia mahupun isu hutang.

“Kalaupun suatu hari nanti dia tunjuk jumlah hutang dia dengan ahli keluarga saya, saya hanya mampu angguk namun masih tidak mengizinkan dia tinggal di rumah saya.

“Saya sudah lama bersabar. Saya memang jenis tidak suka jika ada orang datang ke rumah tanpa memaklumkan terlebih dahulu. Inikan pula duduk rumah saya,” katanya.

Sebelum ini, wanita bernama Eiza yang pernah dikatakan kekasih kepada adik Shila, Amir Shafiq, tampil membuat penjelasan bahawa dia tinggal di rumah keluarga itu sejak Disember 2021 kerana rumahnya ditenggelami air akibat banjir.

Bukan itu sahaja, perniagaannya bersama adik Shila, Shafiq turut mengalami kerugian besar.

ND Lala kemudian mempelawa Eiza tinggal di rumah itu dan bertindak sebagai pembantu peribadi di samping menggunakan wang Eiza sebanyak RM8,000 untuk pendaftaran ahli perniagaan multi level marketing (MLM).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya