Empat wakil sokong PM bukti pengaruh Bersatu ancam kerajaan - Utusan Malaysia

Empat wakil sokong PM bukti pengaruh Bersatu ancam kerajaan

Bersatu ancaman
AHMAD Faizal Azumu berucap pada perasmian serentak Armada, Srikandi dan Srikandi Muda dalam Perhimpunan Agung Tahunan Kelima Bersatu 2023 di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Bersatu mendakwa partinya dalam blok pembangkang menjadi ancaman kepada Kerajaan Persekutuan sehingga empat anggota Parlimennya didakwa dihasut untuk menyokong kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah, tindakan didakwa dilakukan kerajaan itu didakwa sebagai langkah muslihat untuk melemahkan Bersatu daripada terus mendapat tempat dalam kalangan pengundi Melayu dan Bumiputera serta sokongan kepada Perikatan Nasional (PN).

Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, mendakwa Kerjaaan Madani semakin resah dengan Bersatu yang dikatakan sebagai parti semakin berkembang pengaruhnya menerusi ukuran dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dan Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Malah, ada dari kalangan pemimpin juga ketika Bersatu semakin mendapat perhatian dan sokongan, musuh mula merasa resah. Dalam kalangan kita mula didekati, dipujuk rayu cuba disunting agar Bersatu dilihat lemah dan longlai. 

“Ada dari dalam kalangan kita yang sentiasa lupa, musuh politik kita hanya mendekati kita apabila kita dilihat sebagai threat atau ancaman kepada kekuasaan mereka,” katanya ketika berucap pada perasmian serentak Armada, Srikandi dan Srikandi Muda dalam Perhimpunan Agung Tahunan Kelima Bersatu 2023, hari ini.

Beliau menegaskan, Bersatu bersama PN akan kekal sebagai pembangkang yang memainkan peranan sebagai semak dan imbang terhadap polisi, tadbir urus dan tindakan Kerajaan Persekutuan.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, empat Ahli Parlimen Bersatu mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri dengan memberi alasan demi mempertingkat pembangunan dan bantuan untuk kawasan ketika rakyat berdepan peningkatan kos sara hidup.

Empat ahli Parlimen berkenaan ialah Mohd. Azizi Abu Naim (Gua Musang), Zahari Kechik (Jeli), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Suhaili Abd Rahman (Labuan).

Dalam pada itu, Ahmad Faizal bagaimanapun tidak menafikan laporan akhbar ini apabila terdapat dakwaan Ahli Parlimen Bersatu diarahkan menandatangani akuan bersumpah (SD) bagi mengikat wakil rakyat parti itu supaya kekal setia serta tidak mengambil langkah bertentangan dengan perlembagaan parti.

SD berkenaan dipercayai ditandatangani sewaktu pemukiman yang diadakan minggu lalu, tetapi tidak dijelaskan lokasinya.

“Ada perkara yang saya boleh berkongsi dan ada perkara yang terikat dengan sumpah janji, jadi we leave it like that, thank you,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya