Empat Ahli Parlimen Bersatu dicabar letak jawatan, bertanding semula tiket Bebas - Utusan Malaysia

Empat Ahli Parlimen Bersatu dicabar letak jawatan, bertanding semula tiket Bebas

RAZALI Idris ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Kecil Kemaman di Chukai, Kemaman, malam tadi. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mencabar empat ahli Parlimen parti itu yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya meletak jawatan dan bertanding semula atas tiket Bebas setelah menghianati jentera parti dan pengundi yang memberikan kemenangan kepada pemimpin tersebut dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.

Ketua Penerangannya, Datuk Razali Idris berkata, cabaraan itu dibuat selepas tindakan empat Ahli Parlimen itu bertentangan dengan pendirian parti tersebut selama ini.

“Mereka seharusnya meletak jawatan, kosongkan kerusi dan bertanding semula atas tiket Bebas untuk menentukan sama ada mereka masih mendapat sokongan di Parlimen masing-masing.

“Mereka ini bijak, nak jadi wakil rakyat tetapi tak nak jaga kawasan. Kononnya, bila kita pecat mereka, mereka jadi Bebas dan tak ada tanggungjawab kepada kawasan yang diberi amanah. 

“Saya fikir orang macam ni khianat, tiada hati perut dan tak fikir kerja keras jentera yang dah memberikan dia kemenangan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Kecil Kemaman di Chukai dekat sini, malam tadi

Selain itu, Razali memberitahu, pihaknya sedang dalam proses untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik dan Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim.

“Dalam kes ini kita percaya wujud unsur-unsur sogokan yang menjanjikan habuan selepas mereka menyatakan sokongan terhadap perdana menteri dan kita akan pertimbangkan tindakan undang-undang termasuk membuat laporan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya.

Menurut Razali, Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid dan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman pula telah digantung keahlian dan jawatan yang disandang mereka selama enam tahun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya