PETALING JAYA: Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) berpendapat pihak yang membuat keputusan (kerajaan) berhubung dengan penolakan cadangan kenaikan elaun panggilan (on-call) tidak mempunyai pemahaman yang jelas atau kurang maklumat yang tepat.
Presidennya, Dr. Azizan Abdul Razak berkata pihaknya,meluahkan rasa kecewa terhadap keputusan kerajaan dalam menolakan permohonan kenaikan elaun panggilan bagi doktor.
Menurutnya, keputusan yang telah dikemukakan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan masih kurang sensitif dan tidak cekap dengan situasi yang dihadapi oleh doktor.
Katanya, pengekalan elaun panggilan dengan hanya RM9.16 yang dilihat sesuai oleh kerajaan, hanya menggambarkan kadar tersebut adalah satu penghinaan bukan sahaja kepada doktor, tetapi kepada semua petugas kesihatan lain di negara ini.
“Adakah kerajaan sedar bahawa terdapat pelayan di negara ini yang mendapat gaji lebih tinggi setiap jam berbanding doktornya?
Bertentangan dengan penjelasan kerajaan, jumlah itu dibayar untuk 24 jam bekerja, manakala yang tidak akan dibayar sekiranya doktor tidak bekerja.Oleh itu, RM220 harus dibahagikan dengan 24 jam,” katanya dalam satu kenyataan rasmi MMA.
Sebelum ini, MMA telah membuat permohonan untuk menaikkan elaun panggilan pada hujung minggu untuk doktor kesihatan awam iaitu RM9.16 ke RM25 sejam.
Namun permohonan tersebut ditolak oleh kerajaan dengan alasan permintaan tersebut masih terikat dengan pekeliling perkhidmatan 2019 oleh kementerian kewangan dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Sehubungan itu, Azizan Abdul berkata jika memang keputusan tersebut dibuat tanpa merujuk kepada maklumat yang tepat,maka MMA meminta kerajaan menilai semula dan mempertimbangkan semula keputusannya berhubung cadangan kenaikan kadar atas panggilan.
Justeru itu, beliau berkata terdapat kebimbangan daripada MMA, selain daripada keletihan yang dialami oleh ramai doktor, tambahan gaji rendah yang diperolehi dan elaun panggilan yang tidak stabil.
Sehubungan itu, beliau memohon agar kerajaan tidak boleh memandang ringan dengan kekecewaan yang dialami dalam kalangan doktor berhubung dengan penolakan elaun tersebut.
“Doktor dalam penjagaan kesihatan awam tidak melihat kenaikan elaun atas panggilan selama lebih sedekad.
“Oleh itu, kerajaan perlu mengambil kira inflasi, kadar elaun atas panggilan hendaklah disemak setiap lima tahun,” katanya.
Beliau menambah, kriteria pemilihan kepada kriteria kekal adalah sangat umum dan tidak menyediakan sebarang sistem penarafan untuk penilaian dan penilaian doktor yang telus, betul.
Dalam pada itu, beliau turut menyifatkan maklumat yang tidak tepat yang diberikan oleh kerajaan mengenai isu tersebut, telah menimbulkan persepsi palsu daripada orang ramai.
“Perlu diingatkan bahawa tidak semua doktor penjagaan kesihatan awam berhak mendapat elaun yang disebutkan.
“Kelayakan untuk pelbagai elaun adalah bergantung kepada jawatan dan pangkat doktor dan kebanyakan mereka (doktor) tidak menerima elaun seperti yang dinyatakan dalam jawapan kerajaan,” jelasnya. –UTUSAN