Eka Heights kediaman selesa untuk ssmua

Eka Heights kediaman selesa untuk keluarga

Lakaran artis menunjukkan pemandangan Eka Heights dari udara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Eka Heights merupakan kediaman terbaharu yang diperkenalkan oleh Matrix Concepts.

Hanya mengambil masa kira-kira sejam perjalanan dari ibu kota Kuala Lumpur, ia terletak bersebelahan dengan Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan.

Pintu masuk ke Eka Heights.

Eka Heights meliputi keluasan 371 ekar, menawarkan 10 presint, 3,620 unit kediaman dan 25 unit hartanah komersial.

Eka Heights dibangunkan di kawasan strategik dan berada dalam perancangan Lembah Wawasan Malaysia 2.0, koridor pertumbuhan baharu yang diperuntukkan sebagai lanjutan kepada Greater Kuala Lumpur di Negeri Sembilan.

Mageka Park ikon kebanggaan di Eka Heights.

Pembangunan Lembah Wawasan Malaysia pastinya memberi kesan yang baik kepada pembeli Eka Heights kerana lokasi ini bakal menjadi pusat penjanaan ekonomi di Negeri Sembilan, peluang pekerjaan yang tinggi dan menaiktaraf infrastruktur yang tersedia.

Kediaman di Eka Heights ini mudah diakses melalui lebuh raya utama seperti Lebuhraya Utara-Selatan dan mempunyai laluan terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang memendekkan masa perjalanan ke lapangan terbang kepada 30 minit.

Jika anda berkeluarga, anda tidak perlu bimbang untuk mencari kemudahan-kemudahan di sekitar Eka Heights.

Ini kerana, Eka Heights dikelilingi dengan sekolah yang sesuai untuk peringkat umur seperti Matrix Global Schools, SMK Bandar Sri Sendayan, SMK (Felda) Seri Sendayan, SK Sendayan, SMK Bandar Enstek, semuanya di bawah 15 kilometer.

Gazebo untuk berehat.

Kemudahan dari segi kesihatan juga disediakan dengan baik dan boleh diakses dengan mudah seperti Klinik Kesihatan Sendayan, Hospital Columbia Asia, Hospital KPJ dan Hospital Tuanku Jaafar Seremban.

Masjid Sri Sendayan yang menjadi mercu tanda baharu Bandar Sri Sendayan juga hanya 5 ke 10 minit perjalanan dari Eka Heights.

Penduduk Eka Heights juga tidak berdepan masalah untuk membeli barangan keperluan harian kerana berhampiran dengan Tiara Sendayan Biz, Sendayan Metropark, Sendayan Merchant Square, Mydin S2, Tesco, AEON S2, Seremban Gateway, NSK Trade City, Palm Mall, Aeon Nilai, Mitsui Outlet Park, Nilai 3 Wholesale Centre dan KLIA Gateway.

Selain itu, sebuah hab komersial iaitu Eka Biz dalam perancangan pembangunan masa hadapan bagi memudahkan penduduk Eka Heights membeli barangan keperluan harian serta kemudahan runcit.

Eka Heights turut dilengkapi dengan taman rekreasi Mageka Park dengan keluasan 15.5 ekar. Mageka Park ialah taman rekreasi dengan akses mudah buat penduduk Eka Heights ke pelbagai kemudahan seperti tasik, meja berkelah, rumah pokok (treehouse), gelanggang bola keranjang, gelanggang badminton, laluan refleksologi dan taman permainan kanak-kanak.

Eka Heights juga tidak jauh dengan beberapa lokasi sukan dan rekreasi seperti d’Tempat Country Club, X-park Sendayan, Sepang International Circuit, Nilai Spring Golf & Country Club dan PD Waterfront di Port Dickson.

Ini membolehkan penduduk Eka Heights bersosial dan menjalani kehidupan aktif bersama keluarga dan jiran tetangga. Eka Heights juga menyediakan ciri keselamatan asas seperti pagar perimeter dan Pondok Rukun Tetangga.

Ini memberi keselesaan kepada penduduk Eka Heights tanpa perlu risau dengan keselamatan keluarga mereka. Dengan peluang yang luas untuk rekreasi, bersantai dan hiburan, Eka Heights menjanjikan pengalaman hidup yang tiada tandingannya.

Sama ada anda seorang yang muda dan mempunyai kerjaya profesional mencari rumah pertama atau sedang membina keluarga, Eka Heights adalah pilihan yang tepat untuk kediaman selesa.

Fasa pertama projek ini mendapat maklum balas positif dengan 80 peratus terjual dalam tempoh sebulan.

Fasa kedua Eka Heights 3A Lumina II dilancarkan pada 1 November 2023 dan presint ini mempunyai 275 unit rumah dua tingkat yang direka untuk setiap generasi.

Setiap unit dilengkapi empat bilik tidur dan tiga bilik mandi, keluasan setiap lot adalah antara 20’x70’ hingga 20’x75’. Eka Heights Lumina II bakal menjadi kediaman ideal untuk anda terutamanya yang mencari rumah pertama dengan harga bermula daripada RM360,000.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari ekaheights.com atau hubungi talian 1-800-88-2688. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya