Durian kura-kura juga ada di Johor - Pakar raja buah

Durian kura-kura juga ada di Johor – Pakar raja buah

DR. ABDUL Aziz Zakaria (dua dari kanan) bersama rakan penyelidik dan penduduk sedang melihat tekstur pangsa dan isi durian kura-kura di Kampung Sengkela, Raub, hari ini. - UTUSAN/HARIS FADILAH AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAUB: Durian kura-kura seakan-akan spesies ‘Durio johoricus’ iaitu buah berbentuk kura-kura yang ditemukan di Kampung Sengkela, Raub, Pahang, juga terdapat di kawasan hutan Johor.

Seorang konsultan perladangan durian juga pakar raja buah itu, Dr. Abdul Aziz Zakaria berkata, spesies Durio johoricus yang pertama kali ditemukan di hutan Johor juga di Pahang, pernah tumbuh dan berbuah di hutan Raub lima tahun lalu dan sebuah tempat lagi di Kampung Berchang, Lipis.

Katanya, durian kura-kura di kampung ini merupakan spesies baharu kerana terdapat beberapa ciri agak berbeza dengan Durio johoricus.

“Ini berdasarkan kepada empulurnya yang lebar berwarna ungu, biji berwarna hitam, isi nipis tidak berbau cuma rasa sedikit sahaja manis serta kulitnya ungu kehitaman,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Kampung Sengkela, dekat sini hari ini.

Abdul Aziz yang juga bekas pensyarah Universiti Putra Malaysia selanjutnya berkata, durian kura-kura memang sukar mengeluarkan buah, cuma 10 tahun sekali dan paling cepat dua tahun hanya tumbuh jarang-jarang di hutan tebal sesuai dengan tanah lembab di bawah naungan pokok tinggi.

Beliau juga menolak dakwaan sesetengah pihak peminat buah durian mengatakan durian tersebut yang muncul di Kampung Sengkala, Raub berasal daripada Sarawak dan sesetengah tempat di Borneo berasaskan perbezaan tekstur dan lain-lain.

“Saya bimbang pokok durian kura-kura yang terdapat di sini akan mati kerana banyak pokok hutan di sekelilingnya sudah ditebang dan tidak ada lagi naungan serta keadaan kelembapan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya