Durian kura-kura bantu kuatkan tenaga batin 

Durian kura-kura bantu kuatkan tenaga batin?

DURIAN kura-kura ini dikatakan mampu membantu memberi kekuatan badan dan tenaga batin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAUB: Durian kura-kura ini dikatakan mampu membantu memberi kekuatan badan dan tenaga batin.

Seorang peraih durian, Mahmud Che Mamat, 57, berkata, rakannya seorang penduduk Orang Asli pernah memberitahu durian kura-kura boleh dimakan untuk tujuan kekuatan badan dan tenaga batin.

“Rakan saya memberitahu sekiranya isi buah ini dimakan berlaku perubahan suhu badan dan tubuh beroleh kesegaran termasuk alat kelamin,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

DR. ABDUL Aziz Zakaria (dua dari kanan) mencium isi durian kura-kura di Kampung Sengkela, Raub, hari ini. – UTUSAN/HARIS FADILAH AHAAD

Ujarnya, dia tidak tahu sejauh mana ‘khasiat’ durian kura-kura sekiranya dilihat tekstur dalam buahnya termasuk isinya tidak sesuai dimakan kerana berbeza dengan durian komersial lain.

Sementara itu, konsultan perladangan durian juga pakar raja buah itu, Dr. Abdul Aziz Zakaria pula berkata, durian kura-kura bukanlah spesies buah-buahan komersial seperti durian Musang King, IOI, Damak King, Duri Hitam, Durian Premium Kampung dan sebagainya kerana tekstur buah tersebut termasuk ulas dan isinya berbeza.

Katanya, buah tersebut boleh disemai bijinya, tetapi rumit bagi pokok itu untuk membesar dan mengeluarkan buah memandang kesesuaian tempat cuaca dan cuma ‘serasi’ di kawasan hutan tebal.

“Saya diberitahu oleh penduduk di sini pokok durian kura-kura ini berusia lebih 60 tahun barulah ditemukan, buahnya di pangkal dan saya percaya jarak musim buah ini agak jauh iaitu antara 10 tahun ke atas.

“Spesies baharu durian kura-kura patut dijaga dan kawasan tersebut perlu dipagar memandangkan ada dua batang pokok lagi spesies yang sama sedang tumbuh berdekatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya