DUN Kedah: Tiada lagi aktiviti kuari baharu di Baling

DUN Kedah: Tiada lagi aktiviti kuari baharu di Baling

MUHAMMAD SANUSI MD NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kerajaan negeri telah membuat ketetapan untuk menolak sebarang permohonan baharu daripada mana-mana pihak untuk melaksanakan kuari di Baling bagi memastikan alam semula jadi yang menjadi tarikan pelancong di daerah itu, tidak terjejas.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, dalam masa sama pihaknya turut menimbang semula dan membuat penangguhan terhadap kelulusan sedia ada bagi projek kuari di daerah itu.

Katanya, langkah itu seiring dengan matlamat kerajaan negeri untuk menjadikan Baling sebagai daerah pelancongan eko.

“Saya ingin maklumkan bahawa identiti Baling telah ditetapkan sebagai daerah pelancongan eko. Maka sebarang projek yang boleh menjejaskan perancangan tersebut seperti permohonan kuari kita akan tangguhkan.

“Baling ini kaya dengan permohonan kuari antaranya melibatkan batu kapur, granit dan pasir. Kalau permohonan baharu memang kita akan tolak.

“Permohonan yang telah diluluskan pula, kita tangguh untuk cari ganti di tempat lain. Kita nak pastikan kawasan tumpuan seperti gua di sepanjang Gunung Baling tidak terjejas dengan projek ekonomi perseorangan atau syarikat hingga mendatangkan kesan negatif terhadap daerah itu,” katanya.

Muhammad Sanusi (PN-Jeneri) berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Najmi Ahmad (PN-Kupang) dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Najmi bertanyakan mengenai agihan pembangunan di Kedah yang disifatkannya sebagai masih tidak seimbang serta perancangan kerajaan untuk menjadikan daerah mundur seperti Baling melonjak agar setanding daerah-daerah lain.

Menjawab soalan tambahan Najmi berhubung sosio-ekonomi masyarakat Baling yang kebanyakannya masih bergantung kepada industri getah, belia berkata, hala tuju sama ada industri getah mampu menyara kehidupan khususnya penduduk luar bandar perlu diberi perhatian oleh Kerajaan Persekutuan.

“Saya fikir hala tuju ini perlu ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan sama ada masih berharap pekebun kecil untuk terus ‘bergayut’ kepada komoditi getah demi kelangsungan hidup atau memberi kebebasan untuk mereka usahakan tanaman lain yang lebih ekonomik.

“Saya fikir tanaman sawit kalau diusahakan seluas hampir dua hektar, lebih ekonomik berbanding getah yang selalu ditimpa hujan. Jadi semua ini perlu diberi perhatian oleh Kerajaan Persekutuan,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya