Dua warga India ditahan pandu bas pekerja - Utusan Malaysia

Dua warga India ditahan pandu bas pekerja

Warga India
ANGGOTA JPJ menjalankan pemeriksaan ke atas kenderaan dalam operasi itu di sekitar Shah Alam dan Lembah Klang, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Tindakan dua lelaki warga India memandu bas pekerja menerima padah apabila ditahan pihak berkuasa di Seksyen 25, Taman Seri Muda di sini, kelmarin.

Kesalahan kedua-dua warga asing berusia lingkungan 30-an itu dikesan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor dalam Op Patuh Bersepadu bermula kira-kira pukul 8 pagi.

Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan berkata, operasi khas itu dijalankan dengan kerjasama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Katanya, pemeriksaan mendapati pelbagai kesalahan dikesan dua pemandu termasuk tiada lesen memandu.

“Keadaan itu bukan saja membahayakan nyawa pekerja yang menaiki bas itu malah pengguna jalan raya lain. Justeru, sitaan bas dilakukan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Jelas Azrin, pihaknya mengeluarkan sebanyak 871 saman ke atas semua jenis kenderaan dalam operasi berkenaan.

“Operasi sehingga pukul 12 tengah malam itu turut meliputi Plaza Tol Batu 9 Cheras, Plaza Tol Rawang, Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) dan Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE).

“Kesalahan yang direkodkan antaranya tiada lesen memandu dengan 255 kes, teknikal (444) dan tiada cukai jalan atau perlindungan insurans (174),” ujarnya.

Tambah beliau, pihaknya dan JSPT akan menjalankan pemantauan berterusa bagi memastikan pengguna mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan.

“Orang awam boleh menyalurkan maklumat kepada [email protected] atau aplikasi e-aduan@JPJ beserta butiran pengadu dan butiran aduan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya