Dua termasuk pengasas i-Serve yang dikaitkan dengan MyAirline ditahan

Dua termasuk pengasas i-Serve yang dikaitkan dengan MyAirline ditahan di KLIA

myairline
RAMLI MOHAMED YOOSUF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menahan dua individu termasuk seorang pengasas syarikat i-Serve Payment Gateway Sdn. Bhd. (i-Serve) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2, Sepang di sini awal pagi tadi.

Penahanan kedua-dua suspek menjadikan jumlah tangkapan keseluruhan membabitkan pelaburan itu seramai 10 orang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, lelaki berusia 58 tahun itu ditahan di pejabat Jabatan Imigresen pada 3.30 pagi tadi.

Katanya, hasil soal siasat awal mendapati suspek mula berkenalan dan berkawan dengan pengasas sebuah syarikat tambang murah pada 1995 serta mengakui menubuhkan syarikat i-Serve Payment Gateway Sdn. Bhd. pada 2019.

“Suspek juga mengaku berperanan sebagai pengarah di beberapa anak syarikat di bawah i-Serve.

“Susulan itu, dipandu arah oleh lelaki berkenaan, pihak polis turut menahan seorang suspek wanita berusia 57 tahun dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Sentul dekat sini pada 4.15 pagi tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ramli berkata, pihaknya turut merampas telefon bimbit dan pasport kedua-dua suspek serta kereta jenis Mercedes milik suspek kedua.

“Soal siasat suspek kedua mendapati dia pekerja swasta di sebuah syarikat insuran dan tidak mengaku pembabitannya dalam kes yang sedang disiasat.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur di Jalan Duta di sini, pada pagi ini untuk permohonan reman,” katanya.

Jumaat lalu, Ramli mendedahkan menerima 67 laporan berkaitan pelaburan i-Serve membabitkan jumlah kerugian lebih RM81.6 juta.

Sebelum itu, seramai lapan individu melibatkan lelaki bergelar Datuk iaitu pengasas syarikat penerbangan bersama isteri dan anaknya, seorang pemegang saham syarikat i-Serve, tiga kakitangan pelaburan itu serta seorang peguam syarikat terbabit ditahan.

Siasatan dilakukan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 bagi membantu siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya