Dua sekolah di Kuala Lumpur turut terima ancaman bom palsu

Dua sekolah di Kuala Lumpur turut terima ancaman bom palsu

ALLAUDEEN ABDUL MAJID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua lagi ancaman bom diterima polis membabitkan dua sekolah di ibu negara.

Jumlah ini menjadikan sebanyak sembilan sekolah menerima ancaman bom palsu iaitu tujuh di Selangor manakala dua lagi di Kuala Lumpur.

Utusan Malaysia difahamkan, kebanyakan sekolah yang diancam membabitkan sekolah antarabangsa.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid mengesahkan mengenai ancaman dua sekolah di Kuala Lumpur.

Terdahulu, sebanyak tujuh hantaran email diterima Polis Diraja Malaysia kononnya terdapat tujuh buah sekolah di sekitar Selangor dalam bahaya berikutan terdapat bom.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima kandungan email itu hari ini memaklumkan terdapat bom di tujuh buah sekolah di sekitar selangor.

Kata beliau, antara lokasi ancaman berkenaan iaitu sekolah di Shah Alam, Petaling Jaya dan Kajang sebelum sepasukan polis digerakkan ke lokasi dinyatakan.

Bagaimanapun, sebaik unit pemusnah bom Polis Diraja Malaysia (PDRM) tiba dan membuat pemeriksaan mendapati perkara itu tidak benar.

Siasatan lanjut sedang dijalankan dan satu kenyataan media akan dikeluarkan berkaitan kes ini. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya