Dua bot nelayan Indonesia ditahan tangkap ikan tanpa permit - Utusan Malaysia

Dua bot nelayan Indonesia ditahan tangkap ikan tanpa permit

MARITIM Malaysia Pulau Pinang menahan dua buah bot nelayan asing Indonesia di perairan berhampiran Pulau Kendi semalam kerana menangkap ikan tanpa permit yang sah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang menahan dua buah bot nelayan asing Indonesia di perairan berhampiran Pulau Kendi, dekat sini semalam kerana menangkap ikan tanpa permit yang sah.

Pemangku Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Komander Maritim SP Nak Rong berkata, kedua-dua bot nelayan itu ditahan di sekitar kedudukan 59 kilometer hingga 70 kilometer barat daya Pulau Kendi.

Katanya, KM BURAU mengesan sebuah bot sedang bergerak sekitar pukul 1.10 petang semalam di dalam perairan Malaysia.

“Menyedari bot terbabit adalah bot nelayan asing, KM BURAU berusaha untuk memberhentikannya di posisi berkenaan.

“Hasil pemeriksaan awal pada bot pertama mendapati terdapat lima kru termasuk tekong warga Indonesia berumur lingkungan 33 hingga 46 tahun sedang mengendalikan bot terbabit,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, KM BURAU juga menahan sebuah bot lain di posisi 70 kilometer barat daya Pulau Kendi pukul 3.15 petang semalam.

“Terdapat lima kru warga Indonesia termasuk tekong berumur 33 hingga 46 tahun di atas bot ini.

“Hasil pemeriksaan mendapati kesemua kru gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah dan kedua-dua bot terbabit didapati memasuki perairan Malaysia bagi tujuan menangkap ikan,” katanya.

Tambah beliau, mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Perikanan 1985 iaitu menangkap ikan di perairan perikanan Malaysia tanpa permit dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tidak memiliki permit yang sah.

“Sejumlah 10 orang kru warga asing itu diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Negeri Pulau Pinang malam tadi untuk tindakan lanjut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya