Dr. Shahrin dilantik Naib Canselor UiTM, Dr. Noor Azuan Naib Canselor Universiti Malaya

Dr. Shahrin dilantik Naib Canselor UiTM, Dr. Noor Azuan Naib Canselor Universiti Malaya

MOHAMED Khaled Nordin menyampaikan watikah pelantikan kepada Shahrin Sahib @ Sahibuddin yang dilantik sebagai Naib Canselor UiTM yang baharu - FB MOHAMED KHALED NORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi hari ini mengumumkan pelantikan Prof. Datuk Ts. Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin sebagai Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Prof. Datuk Seri Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman selaku Naib Canselor Universiti Malaya (UM) yang baharu.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kedua-dua individu itu mempunyai pengalaman dan kredibiliti yang diharap dapat memberikan perkhidmatan cemerlang dalam memacu universiti masing-masing ke tahap lebih unggul. 

“Dr. Shahrin berpengalaman luas dalam bidang akademik dan penyelidikan serta pengantarabangsaan pendidikan tinggi, pernah memegang jawatan-jawatan penting sebelum ini. 

“Antaranya Naib Canselor UTeM (2014-2019) dan Ahli Lembaga Pengarah di Governing Board of Islamic University of Technology (IUT), Bangladesh,” katanya dalam hantaran laman sosial. 

MOHAMED Khaled Nordin menyampaikan watikah pelantikan kepada Noor Azuan Abu Osman yang dilantik sebagai Naib Canselor UM yang baharu – FB MOHAMED KHALED NORDIN

Mohamed Khaled berkata, Dr. Noor Azuan yang juga seorang pakar biomekanik merupakan bekas Naib Canselor Universiti Tenaga Nasional (UNITEN). 

Beliau juga adalah penerima Anugerah Akademik Negara (AAN) kali ke-14 (Kategori Inovasi dan Pengkomersialan Produk). 

“Sewaktu berkhidmat sebagai Dekan Fakulti Kejuruteraan UM, beliau telah menjulang fakulti tersebut menjadi antara sepuluh terbaik di dunia,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya