Dr. Najhan dilantik Naib Pengerusi SCUFN di Wollongong, Australia

Dr. Najhan dilantik Naib Pengerusi SCUFN di Wollongong, Australia

Dr. Najhan  Md. Said
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Timbalan Panglima Armada Timur, Laksamana Pertama Dr. Najhan  Md. Said dilantik sebagai Naib Pengerusi Sub-Committee Undersea Features Name (SCUFN) bagi penggal 2024 hingga 2028.

Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan Cawangan Komunikasi Strategik Markas Tentera Laut, pelantikan beliau sebagai Naib Pengerusi SCUFN adalah melalui proses undian yang dilaksanakan dalam Mesyuarat ke-36 SCUFN melibatkan 12 Ahli Tetap SCUFN daripada 12 negara.

“Selain Malaysia, 11 Ahli Tetap yang mewakili SCUFN adalah dari Amerika Syarikat, Australia, Brazil, China, Indonesia, Itali, Jepun, Kenya, Korea Selatan, Mexico dan New Zealand,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan berkenaan, Mesyuarat tahunan SCUFN pada kebiasaannya dianjurkan oleh mana-mana negara Ahli Tetap. 

“Bagi Mesyuarat SCUFN ke-36 ini, ia telah dianjurkan oleh Australia Hydrograpghic Office (AHO) pada 6 hingga 10 November lalu,” katanya.

Menurut kenyataan itu, Dr. Najhan memenangi jawatan Naib Pengerusi dengan mengetepikan Ahli Tetap dari negara China, Dr. Li Sihai dengan keputusan undian majoriti 10 – 2 manakala jawatan Pengerusi, Dr. Yasuhiko Ohara dari Jepun dipilih selepas menagatasi calon Australia.

SCUFN adalah sebuah jawatankuasa yang bernaung di bawah dua pertubuhan antarabangsa iaitu International Hydrographic Organization (IHO) dan Intergovernmental Oceanographic Commission (IOC).

“SCUFN bertanggungjawab untuk menyemak, melulus dan menyeragamkan istilah geografi dan nama fitur dasar laut (FDL) yang dikemukakan oleh Negara Ahli untuk diwartakan secara rasmi di dalam pangkalan data General Bathymetric Chart of the Oceans (GEBCO),” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, pangkalan data berkenaan merupakan pangkalan data rasmi rujukan nama-nama FDL bagi penerbitan carta dan atlas marin dunia. 

“Malah, sebarang penghasilan kajian geologi marin juga perlu merujuk kepada nama-nama rasmi yang digazetkan dalam pangkalan data tersebut,” katanya.

Pemilihan Dr. Najhan sebagai Naib Pengerusi merupakan penghormatan tertinggi yang pernah diterima oleh Tentera Laut Diraja Malaysia dan negara Malaysia di pentas antarabangsa khasnya dalam bidang hidrografi dan oseanografi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya