Disiplin tinggi jadikan arwah Tia Jinbara disenangi ramai - Utusan Malaysia

Disiplin tinggi jadikan arwah Tia Jinbara disenangi ramai

TIA JINBARA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Bekas vokalis kumpulan Jinbara, Allahyarham Shamsul Bakhtiar Zakaria disifatkan sebagai seorang yang berdisiplin tinggi, bukan sahaja sepanjang bergelar artis malah turut diamalkan dalam kehidupan seharian.

Menurut isterinya, Suzan Ahmad, suaminya itu yang dikenali sebagai Tia Jinbara sentiasa mematuhi jadual jemputan dan persembahan menyebabkan dia seorang yang dihormati dan disenangi ramai.

Malah, katanya, sejak dikesan mengalami masalah kesihatan, arwah Tia Jinbara begitu berdisiplin menjaga pemakanannya selepas meminta isterinya untuk menyediakan masakan yang boleh membantunya pulih.

“Arwah sakit sudah lama, kali pertama ke hospital dua minggu lalu, dia sepatutnya sudah pun ditahan di wad. Tetapi dia enggan dan memilih untuk berada di rumah dan meminta saya mengubah gaya pemakanannya.

“Hidangan kegemaran arwah adalah lauk kari dan makanan bersantan. Selepas disahkan terdapat masalah pada hatinya, pemakanannya bertukar 100 peratus dengan harapan dapat membantunya sihat seperti biasa. 

“Tetapi Allah lebih sayangkan dia. Sebelum ini pun, arwah memang kerap demam, sepanjang 14 tahun perkahwinan kami, dia lebih kerap demam berbanding saya, hampir setiap bulan. Tetapi arwah selalu positif dan menganggap keadaannya itu sebagai biasa,” katanya ketika ditemui.

Pagi tadi, jenazah Allahyarham Shamsul Bakhtiar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Sungai Jati dekat Kampung Jawa di sini, kira-kira pukul 10 selepas dimandi dan disolatkan di Masjid Kota Raja.

Tia Jinbara
AHLI keluarga dengan bantuan jiran dan rakan-rakan menurunkan jenazah arwah Tia Jinbara ke dalam liang lahad dekat Tanah Perkuburan Islam Jalan Sungai Jati, Kampung Jawa di Klang, Selangor, hari ini. – UTUSAN / AFIQ RAZALI

Pemergian pelantun lagu popular ‘Farhana’ 2007 dan ‘Kasihnya Laila’ 2012 meninggalkan isteri dan tiga anak tirinya, meskipun perkahwinan mereka tidak dikurniakan cahaya mata, namun Suzan mengakui suaminya pernah menyatakan Ahmad Naqiuddin, Qystina Nayli dan Ahmad Nifail sebaga ‘hartanya’ di dunia dan akhirat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya