Disangka ziarah nenek, jumpa mayat bapa dalam pejabat

Disangka ziarah nenek, jumpa mayat bapa dalam pejabat

FAIZURI MD. AKHIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Tanda tanya kehilangan seorang bekas pengurus sebuah kilang kenderaan selama empat hari terjawab apabila mayatnya ditemukan di pejabatnya di Bandar Laguna Merbok, di sini, kelmarin.

Mayat Faizuri Md. Akhir, 51, ditemukan dua anak lelakinya sebaik sahaja mereka memecah pintu pejabat itu pada pukul 7.22 malam.

Anak keduanya, Abd. Afham Asyraf, 28, berkata, bapanya keluar dari rumah di Taman Desa Aman, Guar Cempedak ke pejabatnya pada sebelah pagi, Khamis lalu.

“Sehingga keesokan harinya, bapa tidak pulang dan saya serta ibu Ramnah Sabhi, 52, beranggapan bapa menziarahi nenek di Pokok Asam, Taiping, kerana selalunya setiap hujung minggu arwah berbuat demikian.

“Namun yang menghairankan tidak pula bapa hantar mesej memaklumkan keberadaannya selain telefonnya tidak dapat dihubungi menyebabkan kami sekeluarga risau,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini, semalam.

Kata Abd. Afham, dia tergerak hati menelefon neneknya pagi kelmarin tetapi terkejut dimaklumkan bapanya tiada di situ.

“Kami tanya saudara-mara dan kenalan bapa tetapi semua tidak tahu di mana dia berada sebelum petang semalam (kelmarin) saya dan adik, Amirul Solihin, 19, ke pejabatnya dan mendapati kereta Hyundai Matrix miliknya berada di tempat parkir,” katanya.

Menurutnya, sejak berhenti kerja sebagai pengurus kilang di Kulim sejak setahun lalu, bapanya membuka syarikat sendiri untuk mengajar operator kilang yang terlibat dalam bidang automotif.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, pemeriksaan di tempat kejadian tidak menemukan sebarang unsur jenayah dan hasil siasatan mendapati mangsa dipercayai mati lebih 24 jam.

“Temubual dengan anaknya mendapati mangsa mempunyai sejarah rawatan sakit jantung. Mayat dihantar ke HSAH untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya