DEWAN RAKYAT: Rasuah punca ahli Parlimen pembangkang sokong kerajaan - Shahidan - Utusan Malaysia

DEWAN RAKYAT: Rasuah punca ahli Parlimen pembangkang sokong kerajaan – Shahidan

SHAHIDAN KASSIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Rasuah didakwa menjadi punca utama sehingga empat ahli Parlimen pembangkang yang bertindak mengalihkan sokongan kepada kerajaan tanpa keluar parti.

Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, disebabkan itu beliau menghantar usul kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul bagi membincangkan dan membahaskan perkara tersebut di Parlimen.

“Usul ini berhubung amalan yang dijangka berbaur rasuah, yang mana peruntukan ahli Parlimen digunakan untuk menarik ahli pembangkang menyokong kerajaan. Kalau itu dibuat, memang saya tak tahu nak kata apa.

“Saya bimbang, ada dikatakan dapat imbuhan berbentuk tunai daripada seseorang, di samping mereka dapat peruntukan, ada juga imbuhan lain jadi saya minta benda ini dibincangkan.

“Kalau hal ini berterusan, ia kurang manis. Akta Anti Lompat Parti nampaknya menjurus kepada benda-benda tak elok,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau juga meminta Speaker supaya tidak menolak usul tersebut dan beliau terbuka untuk membincangkan perkara itu dalam sesi Kamar Khas Parlimen.

“Kita minta supaya ahli Parlimen berhenti setakat itu, tidak ada lebih daripada empat (ahli Parlimen), tapi kalau berterusan. saya nak beritahu, akan ada dari sana (kerajaan) yang akan datang ke sini (pembangkang),” katanya.

Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik merupakan ahli Parlimen pembangkang terbaru yang menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Mohd. Aziz Abu Naim (Gua Musang), Datuk Dr. Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya