DEWAN RAKYAT: Projek rintis dasar gaji progresif tidak lebih RM30

DEWAN RAKYAT: Projek rintis dasar gaji progresif tidak lebih RM30 juta -Rafizi

RAFIZI Ramli
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kos untuk melaksanakan projek rintis Dasar Gaji Progresif pada Jun tahun depan dijangka tidak melebihi RM30 juta.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, ia berdasarkan kepada bilangan pekerja dan kemampuan 1,000 syarikat yang terpilih.

“Kita perlu lihat berapa banyak kosnya bila pendaftaran (projek rintis) dibuka dan apabila 1,000 syarikat selesai dipilih nanti tapi berdasarkan pengiraan kasar, jika kita pilih 1,000 syarikat, mereka dalam kalangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

“Mereka mungkin purata ada 50 pekerja, RM200 setiap bulan, jadi untuk 2024 ia memerlukan kos antara RM20 hingga RM30 juta dan peruntukan ini sudah disediakan oleh Kementerian Ekonomi. Jadi, kos tidak akan melebihi peruntukan RM30 juta,” katanya ketika sidang media di Parlimen hari ini.

Dengan anggaran kos itu, beliau yakin dasar ini boleh dilaksanakan dan beliau memberi jaminan akan mendapatkan maklum balas sewajarnya bagi projek rintis tersebut.

Pada masa sama, katanya, pihak kementerian juga menyediakan beberapa cadangan untuk jumlah peruntukan yang diperlukan bagi menjayakan dasar tersebut.

“Selepas projek rintis sehingga September 2024, kita akan ada maklumat lebih baik serta berapa banyak penjimatan rasionalisasi (subsidi), kedudukan fiskal negara dan ekonomi berada dalam kedudukan lebih baik untuk kita putuskan berapa banyak peruntukan diperlukan nanti.

“Tapi kita ada beberapa simulasi yang disediakan kepada kerajaan. Jika RM2 bilion setahun, ia akan meliputi 1.05 juta (pekerja). Jadi jika keluaran dalam negara kasar (KDNK) naik, kutipan cukai naik (tahun depan), jadi RM3 bilion adalah jumlah (peruntukan) yang sesuai tetapi perkara ini akan diputuskan apabila tiba masanya nanti.

“Buat masa ini, kita perlu memastikan sistem dan proses dasar ini dalam keadaan teratur,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya