DEWAN RAKYAT: Malaysia tidak boleh bergantung kepada

DEWAN RAKYAT: Malaysia tidak boleh bergantung kepada perancangan pembangunan negara lain

LIEW CHIN TONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia perlu mempunyai strategi pembangunan tersendiri dan tidak bergantung kepada perancangan pembangunan negara lain.

Menurut Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong, dalam usaha merancakkan ekonomi negara, Malaysia sudah pasti akan mengambil sinergi daripada pembangunan baharu Indonesia iaitu Nusantara di Kalimantan.

“Pembangunan Nusantara sebenarnya jauh dari Sabah dan Sarawak walaupun nampak dekat. Bagi Malaysia, dalam hal ini kita tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada negara lain.

“Kita akan mengambil sinergi yang kita dapat tetapi kita sebagai satu negara kena hasilkan strategi pembangunan sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Rushdan Rusmi [PN-Padang Besar] mengenai limpahan ekonomi kepada Sabah dan Sarawak kesan daripada pembangunan Nusantara.

Menjawab soalan Riduan Rubin (Bebas-Tenom) mengenai sektor yang berpotensi untuk dikembangkan pada masa hadapan bagi menjadikan Sabah sebagai kuasa besar industri baharu negara, Chin Tong berkata, ia mempunyai potensi yang besar bagi pembangunan industri perkilangan dan perkhidmatan berasaskan sumber.

“Bagi sektor perkhidmatan, sektor yang berpotensi di Sabah termasuk pelancongan, tenaga boleh diperbaharui (RE), logistik dan pendidikan, latihan serta penyelenggaraan.

“Bagi sektor perkilangan pula, industri produk hiliran berasaskan kelapa sawit, minyak dan gas, simen dan komponen solar berpotensi memberi impak besar kepada ekonomi Sabah,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya