DEWAN RAKYAT: Lebih sejuta belia sertai Rakan Muda sejak

DEWAN RAKYAT: Lebih sejuta belia sertai Rakan Muda sejak diperkenalkan semula

ADAM ADLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,078,674 belia di seluruh negara menyertai 3,947 aktiviti dalam program Rakan Muda sejak ia dilancarkan semula pada 25 Jun 2023.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd. Halim berkata, jumlah tersebut melepasi sasaran penyertaan satu juta belia tahun ini.

“Antara gaya hidup yang mendapat sambutan hangat anak muda ialah Rakan Aktif, Rakan Demokrasi, Rakan Mahir, Rakan Prihatin dan Rakan Digital.

“Kementerian terus menjadikan Rakan Muda sebagai program utama dalam memperkasa pembangunan diri belia di samping menyemai gaya hidup positif dalam kalangan anak muda di Malaysia.

“Program ini dilaksanakan melalui pelbagai kerjasama strategik melibatkan agensi kerajaan, badan bukan kerajaan dan pihak korporat melibatkan kaedah perkongsian peruntukan, penggunaan kemudahan fizikal dan pengukuhan kepakaran,” katanya ketika waktu pertanyaan menteri dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Sim Tze Tzin [PH-Bayan Baru] mengenai kejayaan program-program Rakan Muda dan sama ada program yang diperkenalkan menyatupadukan masyarakat dan memerangi ekstremisme dalam negara.

Adam menjelaskan, melalui peruntukan lebih besar yang disediakan untuk program Rakan Muda pada tahun hadapan, kementerian sedang merancang untuk melaksanakan pelbagai aktiviti lebih baik dan menyeluruh.

Katanya, ini termasuk memperkasa pelaksanaan program Rakan Muda di sekolah, institusi pendidikan tinggi dan peringkat akar umbi melalui pemerkasaan dan peluasan Sekretariat Rakan Muda dan Kelab Rakan Muda.

“Pada masa kini terdapat 56 Sekretariat Rakan Muda di institusi pendidikan tinggi dan 107 Kelab Rakan Muda yang aktif di seluruh negara.

“Agenda pengukuhan perpaduan dalam kalangan belia di negara ini menjadi sebahagian daripada matlamat kementerian memberikan nafas baharu kepada program Rakan Muda.

“Semua aktiviti di bawah program Rakan Muda mengutamakan diversiti dan penerapan nilai-nilai murni untuk memastikan belia di negara ini terus tumbuh sebagai kelompok yang membanggakan Malaysia,” katanya.

Katanya lagi, dalam program Rakan Demokrasi, kementerian melaksanakan program Sekolah Rukun Negara yang memberikan pengetahuan berhubung aspek falsafah kenegaraan dan demokrasi berpandukan kepada teras Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.

Sehingga November 2023, sebanyak 268 siri Sekolah Rukun Negara telah diadakan di seluruh negara melibatkan penyertaan seramai 106,152 belia.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya