DEWAN RAKYAT: Ahli Parlimen Bukit Gantang isytihar sokong

DEWAN RAKYAT: Ahli Parlimen Bukit Gantang isytihar sokong Anwar

Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal mengisytiharkan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Sokongan itu diisytiharkan ketika beliau mengajukan soalan tambahan dalam Sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

“Adakah Perdana Menteri bersedia menyambut kesediaan ahli-ahli Parlimen yang mempunyai pengalaman, kepakaran, kebolehan, keupayaan untuk membantu dan membangun rakyat sekali gus membangun ekonomi negara.

“Saya sendiri bersedia memberi dan membantu kerajaan bagi mewujudkan masyarakat Madani dalam menangani harga barang dan kos sara hidup.

“Dengan ini, Bukit Gantang mengisytiharkan menyokong Yang Amat Berhormat Tambun sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10 dan gagasan Malaysia Madani,” katanya.

Pengisytiharan tersebut meriuhkan suasana dalam dewan seketika dan ada yang melaung ‘5-1’ bagi merujuk kepada lima ahli Parlimen pembangkang yang menyokong kerajaan dan seorang ahli Parlimen kerajaan yang menyokong pembangkang.

Sokongan itu turut disambut baik oleh Perdana Menteri.

“Saya ucap terima kasih kepada Bukit Gantang, sahabat lama yang kembali memberikan sokongan dengan prinsip yang ditegaskan.

“Pertamanya, menjalin perpaduan, keduanya menjamin ekonomi boleh dipacu dengan lebih berkesan dan ketiga ialah permasalahan dihadapi ekonomi global yang memberi kesan dan dampak negatif dari segi harga barang dan kos sara hidup dapat diselesaikan melalui kerjasama dan muafakat lebih dalam,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya