DEWAN RAKYAT: 35 peratus simpanan KWSP individu usia 54 tahun bawah RM10,000

DEWAN RAKYAT: 35 peratus simpanan KWSP individu usia 54 tahun bawah RM10,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 35 peratus atau 94,827 individu berusia 54 tahun mempunyai simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah RM10,000.

Timbalan Menteri Kewangan, Sim Chee Keong berkata, jumlah itu adalah peratusan tertinggi dalam kategori usia 54 tahun.

Katanya, hanya empat peratus individu berusia 54 tahun memiliki simpanan antara RM500,000 hingga RM1 juta dan dua peratus sahaja melebihi RM1 juta.

“Ahli berumur 54 tahun yang mempunyai simpanan di bawah RM10,000 mencatatkan peratusan tertinggi dengan 35 peratus atau 94,827 orang ahli dengan jumlah simpanan RM246.1 juta.

“Ahli dengan jumlah simpanan melebihi RM1 juta mencatatkan peratus terendah dengan dua peratus atau hanya 4,877 ahli dengan jumlah simpanan sebanyak RM7.9 bilion,” katanya ketika waktu pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau mengakui, ia merupakan masalah lama yang memerlukan pembaharuan berstruktur namun KWSP mengambil langkah-langkah tertentu bagi menambah simpanan dan menyediakan pelbagai saluran bagi memudahkan ahli mencarum.

“Bagi ahli bekerja dan mempunyai majikan, mereka boleh pilih untuk mencarum lebih kadar caruman iaitu 11 peratus bila-bila masa.

“Setakat separuh pertama tahun ini, seramai 186,000 ahli KWSP berdaftar membuat caruman melebihi kadar caruman pekerja dan mencarum sendiri melalui Skim Caruman Sukarela bagi menambah simpanan mereka tertakluk kepada had caruman RM100,000 setahun mulai Jun tahun ini,” katanya.

Katanya, seramai 535,000 ahli KWSP yang telah membuat caruman sukarela dengan jumlah amaun caruman RM3.93 bilion.

Dalam Belanjawan 2024, had caruman padanan kerajaan di bawah program i-Saraan KWSP ditingkatkan kepada RM500 setahun terhad kepada RM5,000 seumur hidup.

Malah, had caruman padanan kerajaan di bawah program i-Suri KWSP ditingkatkan kepada RM300 setahun terhad kepada RM3,000 seumur hidup. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya