DEWAN RAKYAT: 120 pemboleh ubah Padu tentukan belanja

DEWAN RAKYAT: 120 pemboleh ubah Padu tentukan belanja bersih isi rumah

RAFIZI RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sistem Pangkalan Data Utama (Padu) yang dipacu lebih 120 pemboleh ubah akan menentukan pendapatan boleh belanja bersih isi rumah rakyat negara ini.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, perkara itu dilihat menjadi inisiatif agihan subsidi bersasar dan bantuan tunai supaya dapat dibuat dengan lebih teratur, teliti dan bersasar.

Katanya lagi, pemboleh ubah itu merujuk kepada maklumat peribadi individu, keluarga, jumlah penggajian bulanan, jumlah tanggungan semasa, hutang, liabiliti serta aset dibiayai dan dimiliki individu.

“Padu mempunyai lebih 120 pemboleh ubah bagi setiap isi rumah dan membolehkan kita beralih daripada pendekatan sebelum ini yang mengikut pendapatan semata-mata kepada pendekatan pendapatan boleh belanja bersih isi rumah.

“Maksudnya, kita melihat kepada pendapatan kemudian ditolak tanggungan, selain mengambil kira pemboleh ubah lain seperti lokasi, jarak dan harta mereka. Itu akan memberi gambaran lebih adil,” katanya ketika menjawab soalan tambahan yang dikemukakan Datuk Mohd. Isam Mohd Isa [BN-Tampin] dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini. 

Jelas Rafizi lagi, dengan kaedah ini juga, kerajaan dapat memfokuskan kumpulan tertentu untuk menerima bantuan dan sebagainya. 

“Itu sebabnya tindakan pertama kita wujudkan Padu. Kemajuan teknologi dan sains data membolehkan kerajaan mengumpul lebih banyak maklumat.

“Kesukaran yang ada sebelum ini kerana infrastruktur pangkalan data tidak menyeluruh dan tidak memungkinkan kerajaan mengambil kira pemboleh ubah lain.

“Masyarakat dan Dewan juga maklum ada beberapa kelemahan pendekatan yang mengambil kira pendapatan semata-mata, kerana ia tidak mengambil kira pemboleh ubah lain termasuk tanggungan keluarga dan lokasi kerana kos sara hidup berbeza mengikut lokasi.

“Apabila kita bercakap mengenai subsidi petrol dan diesel secara bersasar, pertimbangan mengenai jarak dan sebagainya mesti diambil kira,” katanya.

Berdasarkan nilai PGK bagi 2022, Rafizi berkata, penemuan bagi insiden kemiskinan adalah 6.2 peratus, merangkumi 408,000 isi rumah manakala insiden kemiskinan tegar adalah 0.2 peratus yang meliputi 18,000 isi rumah, berkurang daripada anggaran satu peratus pada 2022.

“Berdasarkan laporan ini juga, pendapatan kasar isi rumah penengah atau M40 mengikut tiga kaum utama adalah RM5,793 bagi bumiputera, RM8,167 bagi kaum Cina dan RM6,627 bagi keluarga kaum India,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya