Dasar Gaji Progresif beri manfaat kepada 1.05 juta pekerja 

DEWAN RAKYAT: 1.05 juta pekerja bakal nikmati Dasar Gaji Progresif  

RAFIZI Ramli
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dasar Gaji Progresif dijangka memberi manfaat kepada 1.05 juta pekerja dengan andaian pemberian insentif daripada kerajaan sebanyak RM2 bilion.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, pelaksanaan inisiatif itu juga dijangka memberi nilai tambah kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak RM3.3 bilion.

Selain itu, beliau menjangkakan tambahan kepada caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM790 juta, dan hasil cukai pendapatan sebanyak dijangka RM1.8 bilion pada tahun pelaksanaan.

“(Ia dicapai ) dengan tambahan 37,529 orang pembayar cukai pendapatan baharu pada tahun pertama pelaksanaan.

“Konsepnya apabila kita naik gaji pekerja, lebih ramai pekerja akan berbelanja, lebih ramai yang membayar cukai kerana ia melepaskan had pelepasan cukai dan sudah tentu KWSP akan meningkat.

“Kenaikan gaji dijangka meningkatkan kuasa beli pekerja yang akan memberikan kesan pengganda kepada penggunaan dan pelaburan swasta.

“Kenaikan gaji pekerja juga akan memberi kesan positif dari segi peningkatan produktiviti dan pengurangan kadar pengangguran, di samping menambah baik bahagian pampasan pekerja kepada KDNK,” katanya di Dewan Rakyat pada Khamis.

Rafizi berkata demikian ketika membentangkan Kertas Putih Cadangan Dasar Gaji Progresif hari ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya