Deepavali: Trafik dijangka meningkat 2.3 juta sehari

Deepavali: Trafik dijangka meningkat 2.3 juta sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangkakan berlaku peningkatan jumlah trafik di lebuh raya utama sehingga 2.3 juta sehari sempena cuti perayaan Deepavali, esok.

LLM dalam kenyataan hari ini memaklumkan, lebuhraya yang terlibat ialah Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2.

Katanya, LLM jmenjangkakan sebanyak dua juta kenderaan sehari menggunakan lebuh raya Utara-Selatan pada waktu-waktu puncak, manakala lebuhraya KL-Karak, lebuh raya Pantai Timur Fasa 1 dan Fasa 2 masing-masing 173,000, 71,000 dan 50,000 kenderaan.

Sehubungan itu, LLM mengarahkan kesemua syarikat konsesi lebuh raya untuk melakukan persediaan rapi supaya perjalanan pengguna lebuh raya selamat dan lancar.

“Antara langkah yang diambil ialah mengarahkan syarikat konsesi lebuh raya agar menghentikan kerja-kerja pembinaan dan penyelenggaraan melibatkan penutupan lorong lebuh raya bermula dari 10 November 2023 hingga 14 November 2023.

“LLM memastikan pengoperasian lebuh raya dalam keadaan terbaik dan semua kemudahan berfungsi sepanjang tempoh tersebut terutama di kawasan rehat dan rawat (R&R) serta hentian sebelah demi keselesaan dan keselamatan pengguna lebuh raya.

“LLM juga memastikan sistem kutipan tol berfungsi dengan baik, menyediakan petugas tambahan terutama di plaza-plaza tol dan mengaktifkan laluan smart di beberapa lokasi berdasarkan keperluan bagi melancarkan trafik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, kata LLM, bagi mengoptimumkan inisiatif tol percuma pada 11 November (12.01 pagi) sehingga 12 November 2023 (11.59 malam) sempena Deepavali, LLM mengingatkan penggunaan kad sentuh dan pergi (TnG) dan SmartTag masih perlu disentuh di plaza tol.

“Penggunaan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) perlu masuk dan keluar dari lebuh raya menggunakan lorong RFID, namun tiada bayaran tol dikenakan atau ditolak daripada kad dan e-dompet TnG.

“LLM juga menasihatkan pengguna supaya merancang perjalanan berdasarkan Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan pihak Plus Berhad dan Anih Berhad, kenderaan dalam keadaan baik, baki kad TnG mencukupi dan sentiasa mematuhi had laju dan peraturan bagi mengelakkan insiden kemalangan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya