Datuk Ramli MS ketuai pemuzik konsert Cakra Khan tahun depan - Utusan Malaysia

Datuk Ramli MS ketuai pemuzik konsert Cakra Khan tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal Indonesia, Cakra Khan, bakal tampil dengan konsert ketiganya di Malaysia tahun hadapan bersama iringan pasukan orkestra yang diketuai maestro, Datuk Ramli MS.

Menurut penyanyi Kekasih Bayangan itu, Konsert A Decade Cakra Khan Live In Kuala Lumpur 2.0 di Dewan Plenari KLCC pada 17 Februari sangat istimewa kerana dia sekian lama mengimpikan sebuah konsert yang diiringi orkestra.

“Semestinya konsert kali ini ada kelainan tersendiri kerana ia bakal dijayakan dengan iringan orkestra di bawah pimpinan Datuk Ramli MS, jadi versi kali ini berbeza.

“Dulu saya selalu mengimpikan untuk menganjurkan konsert dengan orkestra sebab ia akan lebih hidup. Malah, muzik dan lagu juga akan kedengaran lebih indah,” katanya pada sidang media Konsert A Decade Cakra Khan Live In Kuala Lumpur 2.0 baru-baru ini.

Pada masa yang sama, Cakra turut memilih Malaysia sebagai lokasi pertama pelancaran album baharunya. Selain itu, dia juga akan mengundang bintang dari Malaysia namun memilih untuk merahsiakan identiti artis berkenaan.

“Kebetulan juga saya akan lancarkan album baharu dan semestinya lebih banyak lagu akan dinyanyikan. Selain itu, ada bebebapa kolaborasi juga bersama penyanyi dari Malaysia.

“Sudah pasti saya akan nyanyikan lagu dari malaysia juga sebab ada beberapa lagu yang saya suka.

“Ada artis yang saya undang. Sebenarnya ramai artis dari Malaysia yang saya gemari seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor, Anuar Zain, Misha Omar dan Aina Abdul,” katanya lagi.

Persembahan Cakra tahun hadapan akan diiringi oleh 32 pemuzik orkestra dari Malaysia. Dia turut berjanji akan memberikan persembahan dan kejutan yang luar biasa untuk konsertnya tahun hadapan.

“Prinsip saya dari dulu memang sentiasa mahu memperbaiki diri dan enggan meletakkan batasan kepada diri saya.

“Jadi konsert akan datang, saya akan memberikan persembahan yang jauh lebih baik berbanding konsert sebelum ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya