Contohi ketegasan Ketua Polis Negara dedahkan isu rasuah -Azam

Contohi ketegasan Ketua Polis Negara dedahkan isu rasuah -Azam Baki 

RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memuji kelantangan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dalam mendedahkan 121 anggota polis ditahan agensi ini sejak Januari lalu.

Azam Baki ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, kenyataan daripada Ketua Polis Negara menunjukkan ketulusan pihak PDRM dalam menangani isu rasuah dan salah guna kuasa dalam badan tersebut. 

“Walaupun jumlah bilangan yang ditahan itu tidak ramai berbanding dengan jumlah keanggotaan polis, pendedahan ini menunjukkan Ketua Polis Negara serius menegakkan isu integriti dalam kalangan anggota-anggota polis.

“Ini patut dicontohi oleh agensi-agensi lain,” katanya di sini. 

Mengulas lanjut, Azam memberitahu, beliau juga ada membuat pertemuan dengan Razarudin pada minggu lalu.  

“Dalam perbincangan tersebut, polis ingin mengukuhkan kerjasama di samping berkongsi maklumat,” jelasnya.

Semalam, Razarudin mendedahkan  seramai 121 warga Polis Diraja Malaysia (PDRM)  ditahan SPRM dalam tempoh 10 bulan pertama tahun ini.

Dalam tempoh sama, seramai 26 orang dituduh dan 14 orang  disabitkan kesalahan di bawah Akta SPRM 2009.

Selain itu, dalam tempoh Januari hingga Oktober lalu, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman menerima 5,413 aduan yang mana 4,497 laporan membabitkan pegawai polis.

Daripada jumlah tersebut, 2,841 (52.48 peratus) adalah aduan berkaitan salah laku di bawah kategori integriti.

Menurut Razarudin lagi, dalam tempoh sama, seramai 196 warga PDRM ditahan membabitkan penyalahgunaan dadah. 

Razarudin berkata, beliau tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana Pegawai Penyelia yang didapati gagal dalam penyeliaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya