City, Chelsea berdepan penyingkiran

City, Chelsea berdepan penyingkiran

Februari lalu, City didakwa dengan 115 tuduhan membabitkan pelanggaran peraturan kewangan di EPL yang berkait rapat dengan kontrak dan penajaan untuk tempoh sembilan tahun. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Manchester City dan Chelsea kini berisiko untuk disingkirkan daripada Liga Perdana Inggeris (EPL), selepas Everton menerima hukuman pemotongan 10 mata gara-gara perlanggaran ‘Financial Fair Play’ (FFP).

Everton didapati melanggar peraturan kewangan di EPL, yang membenarkan kelab untuk mengalami kerugian maksimum 105 juta pound (RM567 juta) dalam tempoh tiga tahun atau berdepan dengan tindakan disiplin.

Bagaimanapun, jumlah kerugian yang dialami Everton adalah sebanyak 124.5 juta pound (RM 672 juta), menyaksikan Jawatankuasa Bebas Liga Perdana Inggeris membuat keputusan untuk memotong 10 mata dimiliki Everton berkuat kuasa serta merta.

Februari lalu, City didakwa dengan 115 tuduhan membabitkan pelanggaran peraturan kewangan di EPL yang berkait rapat dengan kontrak dan penajaan untuk tempoh sembilan tahun.

Chelsea pula berdepan siasatan berhubung pembayaran yang didakwa berkaitan dengan bekas pemilik, Roman Abramovich.

Peguam City, Stefan Borson tampil memberikan pandangannya mengenai kes ini yang menjelaskan majikan dan Chelsea mungkin akan berdepan penyingkiran liga sekiranya mereka didapati bersalah.

“Tanpa melihat keputusan/hukuman secara terperinci, bagi saya potongan 10 mata bagi Everton nampak ketat berhubung pelanggaran FFP.

“Namun, ini juga menunjukkan bahawa sekiranya ada pembuktian terhadap City (jika terbukti) dan sekarang Chelsea (jika dituduh dan mengakui pembayaran luar akaun), hukuman yang mungkin dikenakan kepada mereka boleh menyebabkan penurunan kedudukan liga,” jelas Borson menerusi ciapannya di laman media sosial, X kelmarin.

City kini sedang menerajui liga dengan 28 mata, manakala Chelsea yang kini mula meraih momentum berada di tangga ke 10 liga dengan 16 mata.

Malang buat Everton yang dipotong 10 mata kini terperosok ke tangga ke 19 liga, dan berada di zon penyingkiran. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya