Cemerlang di PUO, kini graduan cemerlang UTM - Utusan Malaysia

Cemerlang di PUO, kini graduan cemerlang UTM

MUHAMMAD Razif Shah Abdul Latif menunjukkan pingat kepada isterinya, Nurul Amira Osman pada Majlis Penyampaian Anugerah Dekan dan Hadiah Akademik Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan (UTM SPACE) sempena Majlis Konvokesyen Ke-67 UTM di Pulai Spring Resort, Skudai, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Bekas penuntut cemerlang Politeknik Ungku Omar (PUO), Perak, Muhammad Razif Shah Abdil Latif, 31, meneruskan kejayaannya dalam akademik apabila diumum graduan cemerlang di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Muhammad Razif Shah menerima Anugerah Naib Canselor pada majlis Penyampaian Anugerah Dekan serta Hadiah Akademik Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan (UTM SPACE) pada Majlis Konvokesyen Ke-67 UTM, di sini.

Memulakan pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan (SK) St. Michael, Ipoh dari 1999 hingga 2004 sebelum ke peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St. Michael dari 2005 hingga 2009, dia kemudiannya melanjutkan pe­ngajian Diploma Kejurute­raan Awam di PUO serta dinobatkan sebagai penuntut cemerlang.

“Saya mula mengikuti pe­ngajian di UTM SPACE pada 2017 secara pengajian jarak jauh (PJJ) dan setiap minggu akan ke UTM Kuala Lumpur dari Ipoh bagi mengikuti kelas.

“Walaupun terpaksa menghabiskan selama lima tahun, saya rasa pengorbanan ini berbaloi kerana berjaya menggenggam ijazah,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Dia yang baharu menikahi Nurul Amira Osman, 30, menyifatkan anugerah itu adalah hadiah paling bermakna.

Berpengalaman dalam projek pembinaan landasan dan stesen Transit Aliran Massa (MRT), Muhammad Razif Shah meneruskan karier dalam sektor harta­nah, akuakultur dan dalam masa yang sama menyambung pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran dan Pembangunan Tanah di UTM. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya