Campur tangan Malaysia bantu Nurul Ain keluar dari Gaza

Campur tangan Malaysia bantu Nurul Ain keluar dari Gaza

NURUL AIN HARON DAN  MOHAMED A.M. SHAAT - FB ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Campur tangan kerajaan membolehkan operasi menyelamat rakyat Malaysia, Nurul Ain Haron berjalan lancar selepas 37 hari terkandas di Gaza ekoran konflik Palestin-Israel yang meletus pada 7 Oktober lalu.

Usaha kerajaan itu dizahirkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas menghubungi Nurul Ain pagi ini.

“Dalam perbualan kami, Puan Nurul dan suaminya telah menyampaikan penghargaan dan ucapan berbanyak terima kasih kepada Kerajaan Malaysia yang sedaya-upaya memastikannya dan suami selamat dibawa keluar dari Gaza.

“Mereka turut merakamkan rasa terima kasih kepada kakitangan Kedutaan Malaysia yang tidak berputus asa dalam memastikan proses membawa mereka keluar dari zon perang dapat dilakukan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau turut menyatakan penghargaan kepada negara-negara yang membantu Malaysia dalam misi menyelamat tersebut.

“Saya ingin merakamkan rasa terima kasih kerajaan Malaysia kepada beberapa buah negara lain yang tidak ketinggalan menghulurkan apa juga bantuan dalam proses membawa keluar rakyat Malaysia ini,” katanya.

Nurul Ain selamat dibawa keluar dari Gaza melalui sempadan Rafah pada 2.23 pagi ini waktu Malaysia.

Nurul Ain diselamatkan bersama suaminya, Mohamed A.M. Shaat yang juga warganegara Palestin dan ketibaan di sempadan telah dimudah cara oleh Duta Besar Malaysia ke Kaherah bersama pegawai-pegawai kedutaan yang lain.

Kementerian Luar menjelaskan, tindakan evakuasi dapat dilaksanakan hasil pertemuan antara Anwar dan Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi semasa lawatan kerja Perdana Menteri ke Mesir pada 23 Oktober lalu serta penyelarasan lanjut oleh Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah dan Kedutaan Besar Malaysia di Amman.

Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah juga sedang menghulurkan bantuan konsular yang sewajarnya kepada mereka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya