Cadangan pembangunan di kawasan hijau Bukit Jelutong dikaji - Sime Darby

Cadangan pembangunan di kawasan hijau Bukit Jelutong dikaji – Sime Darby

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sime Darby Property Berhad (Sime Darby Property) sedang mengkaji cadangan pembangunan Tiara Residence susulan bantahan penduduk Bukit Jelutong, Sabtu lalu.

Sime Darby Property dalam satu kenyataan memaklumkan, mereka sangat menghargai maklum balas dan ia diambil kira sebagai input berharga terhadap projek pembangunan itu.

“Kami sedang mengkaji cadangan pembangunan terbabit dan penduduk yang prihatin serta pihak berkepentingan akan dirujuk sebagai sebahagian daripada proses. Kami memahami dan akan terus meneroka pelbagai kemungkinan jalan penyelesaian dengan memikirkan kepentingan semua pihak yang terbabit.

“Sime Darby Property juga mengakui bahawa perkara ini memerlukan perancangan yang teliti, tindakan yang bernas dan akan kekal komited dengan jalan ini,”  katanya.

Terdahulu, dilaporkan  lebih 1,000 penduduk Bukit Jelutong mendesak pemaju dan pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak meneruskan projek pembangunan di padang hijau yang berkeluasan kira-kira 28 hektar di lokasi berkenaan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya