Cabaran pemain negara berakhir - Utusan Malaysia

Cabaran pemain negara berakhir

GANDINGAN pemain negara, Koay Hao Sheng (kiri) dan Mitsuki Leong berjaya mara ke suku akhir sebelum tersingkir pada kejohanan Tenis Sanctband ITF World Tennis Tour M15 Pusingan 2 di Arena Tenis Perak di Ipoh hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Cabaran Malaysia dalam kejohanan Tenis Sanctband ITF World Tennis Tour M15 Pusingan 2 di Arena Tenis Perak di sini berakhir apabila semua pemain negara tumpas dalam perlawanan masing-masing hari ini.

Pencapaian terbaik pemain negara hanya menerusi pasangan beregu, Mitsuki Leong-Koay Hao Sheng yang mara ke suku akhir.

Bagaimanapun, mereka ditunjuk jalan keluar oleh pasangan pilihan utama, Françis Casey Alcantara-Chritopher Rungkat (Filipina/Indonesia) 7-6 (2), 6-4.

Mitsuki-Hao Sheng mara ke suku akhir selepas mengetepikan rakan senegara, Imran Daniel-Abdul Hasli 6-5.

Sementara pasangan Christian Didier Chin-Daniel Leong Prickett tersingkir awal di pusingan pertama kepada pasangan Jepun, Soda Fukuda-Isomura Kohora 6-4,6-2.

Sementara itu, kejutan berlaku dalam acara perseorangan apabila pilihan utama, Filip Peli Wo dan pilihan ketiga, M. Fitriadi tumpas di pusingan kedua.

Pemain dari Poland itu tumpas kepada Alexey Zakharov dari Rusia 7-5, 3-0 manakala pemain dari Indonesia itu tumpas 4-6, 2-6 kepada Matsuoka Hayato dari Jepun.

Terdahulu Zakharov menyingkir pemain negara, Christian Didier Chin 6-0, 6-3 di pusingan pertama.

Bagaimanapun pilihan kedua, Lee Jeamoon (Korea) menang mudah ke atas Yang Sheng (China) 6-3, 6-0 untuk mara ke suku akhir. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya