Bukit Aman ambil keterangan Mohammad Agus, Abdul Wahab

Bukit Aman ambil keterangan Mohammad Agus, Abdul Wahab hari ini

wahab
Mohammad Agus Yusoff (kiri) dan Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis akan mengambil keterangan bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff dan Penolong Pegawai jabatan itu, Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani sekali lagi hari ini.

Mengesahkan kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, keterangan Mohammad Agus diambil pukul 2 petang ini manakala Abdul Wahab dalam masa terdekat ini.

Kata beliau, proses mengambil keterangan itu dilakukan di Ibu pejabat Polis Daerah Kajang.

“Kita (polis) masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti siapa ‘Mr. H’.

“Selain keterangan mereka, terdapat lagi individu-individu lain dijangka akan dipanggil bagi membantu siasatan,” katanya di sini.

Pada Sabtu lalu, Abdul Wahab mendakwa dia diarahkan oleh seorang individu berjawatan tinggi dikenali Mr. H untuk merakam satu klip video bagi memerangkap bekas Ketua Pengarah J-KOM itu. 

Abdul Wahab, 33, mendakwa Mr. H pernah membuat beberapa pertemuan dengannya dan menawarkan jawatan lebih tinggi sebagai habuan.

Dalam pada itu, Mohammad Agus yang meletak jawatan sebagai Ketua Pengarah J-KOM mendakwa video perbualan yang mengaitkan dirinya adalah palsu dan disunting pihak tidak bertanggungjawab dengan niat mahu menjatuhkan reputasinya.

Siasatan polis dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

Satu rakaman video berdurasi 3.03 minit membabitkan kes berkenaan tular hingga menjadi topik hangat di media sosial. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya