Bukan anggota polis buat komen jelek terhadap PM

Bukan anggota polis buat komen jelek terhadap PM

doktor
WAN KAMARUL AZRAN WAN YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

PUTRAJAYA: Individu yang didakwa mengeluarkan kenyataan jelek terhadap Perdana Menteri seperti tular di aplikasi Whatsapp disahkan bukan seorang anggota polis.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, semakan pihaknya mendapati, individu berkenaan bukan anggota yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang seperti yang didakwa.

Beliau berkata, hasi semakan nombor telefon individu berkenaan melalui sistem laporan polis bersepadu (i-PRS) dan Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) mendapati penama bukan warga kerja Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Kami dengan tegas menafikan bahawa kenyataan jelek terhadap Perdana Menteri itu dikeluarkan oleh anggota IPD Sepang.

“Kami juga menggesa agar orang awam tidak berkongsi maklumat tidak tepat yang dilihat boleh menimbulkan kegusaran awam,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sebelum ini, katanya, pihaknya menerima satu pesanan ringkas menerusi Whatsapp pada pukul 8.31 pagi tadi yang bertajuk ‘Dakwaan anggota polis IPD Sepang melontarkan komen jelek terhadap Perdana Menteri’ yang dikeluarkan oleh Bukit Aman.

Wan Kamarul Azran berkata, maklumat asal pesanan ringkas itu terlebih dahulu tular di akaun Twitter malam tadi oleh pemilik akaun, @OrenjiRenOren menerusi pautan
https://x.com/OrenjiRenORen/status/1723994619632103883?S=20.

Menurutnya, berdasarkan tangkap layar itu, anggota polis bernama ‘Azizy’ yang menggunakan nombor telefon 012-335 0495 itu disyaki bertugas di IPD Sepang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya