Buat aduan jika terjejas akibat boikot

Buat aduan jika terjejas akibat boikot

V. SIVAKUMAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Mana-mana pekerja tempatan yang terjejas akibat kempen boikot syarikat dan produk berkaitan Israel berhak membuat aduan kepada Kementerian Sumber Manusia (KSM).

Menterinya, V Sivakumar berkata, bagaimanapun pihaknya setakat ini belum menerima sebarang laporan berhubung perkara itu.

“Di peringkat KSM, kita belum terima apa-apa aduan. Kita akan lihat perkara itu dan tindakan akan diambil,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Perhimpunan Kesatuan Sekerja Peringkat Kebangsaan 2023, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kesan gerakan boikot tersebut yang dilihat semakin memuncak dalam kalangan rakyat Malaysia susulan kekejaman rejim zionis terhadap rakyat negara Palestin yang memasuki hari ke-39.

Gerakan boikot produk dan jenama yang menyokong Israel dan sekutunya, Amerika Syarikat serta negara Eropah begitu rancak dan agresif apabila ramai orang yang mempromosikan kempen itu di media sosial masing-masing sebagai tanda solidariti bersama Gaza.

Difahamkan, kempen boikot produk dan syarikat yang berkaitan dengan Israel itu dilihat memberi kesan kepada pendapatan pekerja tempatan dengan ada antara mereka didakwa diberhentikan kerja susulan pendapatan syarikat jatuh mendadak.

Pertempuran di Palestin yang membabitkan Hamas iaitu pihak yang berkuasa di Gaza dan rejim Israel sejak 7 Oktober lalu mengorbankan beribu-ribu nyawa di kedua-dua belah pihak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya