Bina stor konkrit RM30,000 hadapi musim tengkujuh

Bina stor konkrit RM30,000 hadapi musim tengkujuh

SITI Mariam Jusoh menunjukkan stor yang masih dalam pembinaan sebagai persiapan menghadapi musim tengkujuh di Kampung Siram, Pasir Mas, Kelantan. - UTUSAN/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Seorang penduduk di Kampung Siram di sini, sanggup mengeluarkan belanja sebanyak RM30,000 bagi membina stor konkrit sebagai persiapan menghadapi musim tengkujuh yang dijangka melanda tidak lama lagi.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Siti Mariam Jusoh, 58, berkata, pembinaan stor konkrit setinggi lima meter itu sebagai salah satu ikhtiar mengelak barangan rumah miliknya rosak setiap kali berdepan musim banjir.

Menurutnya, dia sudah tidak sanggup menanggung kerugian setiap kali banjir melanda kawasan berkenaan.

“Buat masa ini kita bina tapak dulu, dinding dan bumbung kita buat kemudian apabila duit sudah cukup.

“Alhamdulillah, anak-anak turut membantu dengan menghulurkan wang bagi menyiapkan stor tersebut,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Siti Mariam memberitahu, sekiranya stor itu siap dia akan terus memunggah barangan tersebut dengan kadar segera bagi mengelakkan masalah sekiranya berlaku banjir.

Katanya, walaupun sudah lali dengan banjir dan situasi itu sukar untuk dijangka kerana ia boleh berlaku dalam masa yang singkat.

“Sudah 40 tahun saya berdepan dengan banjir, banyak harta benda yang sudah musnah akibat musibah berkenaan.

“Jadi saya fikir, elok dibina satu stor yang tinggi bagi mengurangkan kerugian akibat banjir. Dalam setahun, sekurang-kurang tiga kali saya akan berdepan banjir,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Mariam Abdul Rahman, 62, dia mula bersiap sedia menghadapi banjir yang akan berlaku bila-bila masa.

Katanya, pakaian sudah dibungkus dan disimpan di tempat tinggi.

“Saya guna meja kayu , semua barang penting diletakkan atas meja kayu itu,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya