Bidang seni, lukisan pamer kepelbagaian bangsa -Lat

Bidang seni, lukisan pamer kepelbagaian bangsa -Lat

MOHAMMAD Nor Mohammad Khalid atau Lat menerima Anugerah Seniman Diraja daripada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Iskandariah Kuala Kangsar hari ini. -UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KANGSAR: Kartunis tersohor, Datuk Mohammad Nor Mohammad Khalid atau Lat melahirkan rasa hormatnya terhadap semua bidang seni dan menganggap apa jua disiplin seni amat penting kepada negara.

Meskipun popular dengan melukis kartun dan komik, dirinya menganggap lukisan seperti ilustrasi, potret, pemandangan atau pelbagai teknik lukisan adalah satu bidang seni yang beliau disegani.

Beliau melihat seni bukan setakat lukisan, bahkan bidang muzik, lakonan juga adalah cabang yang penting.

“Saya selalu pandang yang kita ini sama sahaja sama ada kita sebagai pelukis komik, pelukis ilustrasi untuk buku, melukis potret dan pemandangan atau menggunakan cat minyak atau cat warna.

“Kita dalam bidang ini, kita semua sama sahaja sama ada penggubah lagu atau penyanyi atau termasuk ahli sukan, untuk mencari rezeki dan serta negara,” katanya kepada pemberita selepas Istiadat Menghadap Sembah Taat Setia dan Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Perak Darul Ridzuan Sempena Sambutan Ulangtahun Hari Keputeraan Sultan Perak yang Ke-67 di sini hari ini.

Lat menerima Anugerah Seniman Diraja daripada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Kata beliau, bidang seni merupakan cara untuk menzahirkan kecintaan kepada negara termasuk mempamerkan perpaduan kepelbagaian bangsa.

“Pada zaman persekolahan saya melukis. Menjadi kebiasaan untuk melukis dengan mempamerkan pelbagai bangsa,” katanya.

Beliau bersekolah di Sekolah Melayu Kota Bharu, Perak, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Jalan Pasir Putih, Ipoh dan Anderson School, Ipoh dari tahun 1958 sehingga 1969.

Dalam istiadat yang diadakan, Mufti Perak, Datuk Wan Zahidi Wan Teh mendahului senarai 238 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat-pingat Negeri Perak.

Antara nama-nama utama turut menerima darjah dan pingat ialah Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab. Rahman dan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dan bekas Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya