Biar keputusan tak popular, janji negara mampu bertahan

Biar keputusan tak popular, janji negara mampu bertahan – Fadillah

FADILLAH YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Biarpun ada keputusan kerajaan yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak popular, ia tetap perlu diteruskan demi kelangsungan negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, yang penting adalah bagaimana Malaysia mampu bertahan sekali gus dapat terus meningkatkan kebajikan rakyat dan ekonomi.

Beliau menarik perhatian tentang subsidi bersasar yang bukan keputusan popular tetapi perlu dilakukan demi kelangsungan negara.

“Apungkan harga ayam, tidak popular tetapi apabila diapungkan, kita sediakan sistem bantuan kepada rakyat dengan memberi Sumbangan Tunai Rahmah (STR),” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, Fadillah menyatakan kestabilan politik boleh menyebabkan pelabur yakin terhadap kekuatan ekosistem ekonomi negara.

Malah beliau mendedahkan Malaysia mengalami kadar penurunan pelaburan apabila terpaksa berdepan pergolakan politik yang menyaksikan pertukaran tiga Perdana Menteri sebelum ini.

“Daripada pengalaman lepas, kita terpaksa tukar kepemimpinan sebanyak tiga kali dan apa yang berlaku ketika itu kesannya menyebabkan penurunan dari segi pelaburan yang masuk ke negara kita.

“Sebab pelabur akan bertanya soalan pertama, apakah politik kita stabil? Kedua apabila politik stabil, adakah dasar atau segala perancangan berhubung kait pelaburan itu konsisten atau tidak, nyata atau tidak? Itu akan dilihat,” ujarnya.

Tambah beliau, pelabur melihat kestabilan politik demi memastikan pulangan yang baik selain memastikan tahap risiko kerugian adalah rendah.

“Mengapa dulu kita kuat sehingga digelar Harimau Asia? Sebab politik waktu itu stabil. Semua orang memberi tumpuan di mana orang tahu kalau datang ke Malaysia dari segi dasarnya, peraturannya, perundangannya jelas dan nyata. Jadi orang melabur.

“Pun begitu, kami perlu kerja keras dan terima apa sahaja tohmahan, makian demi kebajikan rakyat dan negara,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya