Bekas wartawan NST, Zubaidah Abu bakar meninggal dunia

Bekas wartawan NST, Zubaidah Abu bakar meninggal dunia

wartawan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas wartawan politik New Straits Times (NST), Zubaidah Abu Bakar, meninggal dunia di kediamannya di Seksyen 6, Shah Alam, pagi tadi.

Memetik Harian Metro allahyarhamah yang berusia 64 tahun pada mulanya memberitahu hendak tidur awal kerana tidak sedap badan.

Menurut anak perempuan tunggalnya, Nadia Qistina Zalizan, 36, ibunya ditemukan tidak sedarkan diri kira-kira pukul 8 pagi.

“Arwah baru pulang dari Pulau Pinang, Selasa lalu. Beliau ke sana untuk berjumpa alumni dan ahli keluarga.

“Selepas pulang beliau kelihatan gembira dan banyak bercerita. Namun selepas itu, arwah demam tapi masih okay. Malam tadi, dia beritahu nak tidur awal sebab tak sedap badan,” katanya.

Difahamkan Allahyarhamah mempunyai masalah jantung, lebih lima tahun. Allahyarhamah meninggalkan tiga anak dan tiga cucu.

Jenazah Allahyarhamah dimandikan di Masjid Jamek Raja Tun Uda, Seksyen 16 dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 21, Shah Alam, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya