Bekas CEO dipenjara, didenda atas pertuduhan menipu - Utusan Malaysia

Bekas CEO dipenjara, didenda atas pertuduhan menipu

AZIEDY Abd. Talib (kanan) dipenjara sehari dan didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Butterworth, Pulau Pinang hari ini, atas tiga pertuduhan menipu seorang wanita berhubung pembekalan peralatan keselamatan tujuh tahun lalu. - Pic; IHSAN SPRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BUTTERWORTH: Seorang bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) dipenjara sehari dan didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di sini hari ini, atas tiga pertuduhan menipu seorang wanita berhubung pembekalan peralatan keselamatan tujuh tahun lalu.

Hakim Zulhazmi Abdullah menjatuhkan hukuman itu terhadap Aziedy Abd. Talib, 42, selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah pada prosiding hari ini, yang ditetapkan untuk perbicaraan.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara lima bulan sekiranya gagal membayar denda itu.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Aziedy didakwa telah memperdaya kakitangan Mutiara.Com Sdn. Bhd. bagi mendorong bayaran berjumlah RM50,000 dan RM25,000 untuk kerja-kerja pembekalan peralatan kamera litar tertutup (CCTV) dan pemasangan interkom bagi projek pangsapuri Seri Bayu, di daerah Barat Daya.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat Mutiara.Com Sdn. Bhd. antara 30 Mac 2016 sehingga 28 Oktober 2016.

Bagi pertuduhan ketiga, Aziedy didakwa memperdaya kakitangan sama bagi mendorong bayaran sebanyak RM40,000 bagi kerja-kerja perkhidmatan “Kaspersky Antivirus License Renewal Consultation Service” yang mana tertuduh mengetahui ia tidak benar.

Dia didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Azura Zulkiflee dan Afiqa Liyana Rozman, manakala tertuduh diwakili peguam Ang Chun Pun.

Pada 19 April dan 31 Mei lalu, Aziedy dihadapkan ke mahkamah sama di sini atas tiga pertuduhan menipu berhubung pembekalan peralatan keselamatan.

Ketika itu, bapa kepada dua anak itu mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan yang dihadapinya. – UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya