Bas awam Tapah-Bidor-Sungkai henti perkhidmatan

Operator baharu bas awam Tapah-Bidor-Sungkai

PEMANDU bas, Baharuddin Bani membawa tiga penumpang ke Kampar dari Teluk Intan. -UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Perkhidmatan bas awam oleh Syarikat Hup Yik Omnibus Co. Sdn. Bhd. memberhentikan perkhidmatan di laluan Tapah-Bidor-Sungkai.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin berkata, justeru kerajaan negeri berbincang dengan Perak Transit supaya mengambil alih perkhidmatan tersebut di laluan Tapah-Bidor-Sungkai.

Menurutnya, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) sudah memberi kebenaran kepada Perak Transit untuk memulakan operasi pada 1 November ini.

Katanya, pemberhentian khidmat bas Hup Yik Omnibus memberi kesukaran kepada penduduk setempat terutamanya pelajar sekolah.

“Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mengambil maklum dan memandang serius masalah perkhidmatan bas awam ini.

“Kerajaan negeri mengadakan perbincangan dengan Perak Transit supaya mengambil alih perkhidmatan tersebut di laluan Tapah-Bidor-Sungkai.

“APAD telah memberi kebenaran kepada Perak Transit memulakan operasi pada Rabu (1 November),” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, operator bas yang baru di laluan ini ialah The Combined Bus Sdn. Bhd. iaitu Perak Transit Bhd. (Perak Transit).

Katanya, sebanyak 25 hentian ditetapkan untuk perkhidmatan laluan tersebut.

“Sebuah bas akan bermula dari Terminal Bas Tapah manakala sebuah lagi akan bermula di Hentian Bas Sungkai setiap hari.

“Pihak syarikat juga akan menyediakan sebuah lagi bas untuk gantian sekiranya bas mempunyai kerosakan ketika beroperasi.

“Tambang untuk laluan ini bermula dari 90 sen hingga RM3.20 mengikut hentian yang dipilih oleh penumpang,” katanya.

Utusan Malaysia hari ini menyiarkan laporan mengenai nasib perkhidmatan bas henti-henti syarikat Hup Soon di Teluk Intan bagi perjalanan Teluk Intan-Kampar yang kurang penumpang.

Pelbagai faktor menyebabkan orang ramai tidak lagi menggunakan perkhidmat bas awam kerana kebanyakannya sudah memiliki kenderaan sendiri. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya