Bantuan makanan mangsa banjir dijamin mencukupi - Utusan Malaysia

Bantuan makanan mangsa banjir dijamin mencukupi

Bantuan makanan
CHAN Foong Hin melihat bekalan makanan pada majlis pelepasan pengedaran kit makanan Monsun Timur Laut di Pusat Memproses Makanan FAMA Kuala Selangor dekat Tanjong Karang di Kuala Selangor, Selangor, hari ini. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Kerajaan memberi jaminan bantuan bekalan makanan bagi semua mangsa banjir di seluruh negara mencukupi sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL) sehingga Mac tahun depan.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin berkata, kementeriannya menerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) membekalkan 60,000 kit makanan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk diedarkan kepada mangsa.

Jelas beliau, bantuan itu melibatkan dua fasa dengan 40,000 daripadanya perlu disediakan sebelum hujung tahun ini termasuk di Sabah dan Sarawak.

“Ini merupakan persiapan tahunan sebagai bantuan awal kepada setiap keluarga mangsa banjir melibatkan keperluan asas dan produk makanan.

“Bantuan bekalan makanan setakat ini masih mencukupi dan jumlah itu akan ditambah bergantung kepada situasi bencana berkenaan kelak,” katanya selepas merasmikan majlis pelepasan Pengedaran Kit Makanan MTL di Pusat Memproses Makanan FAMA Kuala Selangor di Tanjong Karang di sini, hari ini.

Bekalan kit itu antaranya meliputi masing-masing 6,000 bagi mangsa di Kelantan, Terengganu, Pahang, Terengganu.

Ia diikuti 5,000 bekalan bagi Johor, Sabah dan Sarawak (8,000), Kedah (2,500), Negeri Sembilan (2,000), Selangor (1,500) dan Perak (1,000). Sebanyak 200 hingga 800 kit pula meliputi Melaka, Pulau Pinang, Perlis dan Wilayah Persekutuan.

Menurut Foong Hin, keseluruhan kit itu berisi 12 produk makanan termasuk beras, garam dan gula itu dianggarkan bernilai RM9 juta.

“FAMA setakat ini sudah menyerahkan kira-kira-kira 24,000 kit kepada NADMA untuk disalurkan kepada mangsa. Sepanjang tempoh sejak 2015, sebanyak 295,214 kit makanan berjaya dibekalkan di seluruh lokasi bencana,” ujarnya.

Tambah beliau, pihaknya setakat ini hanya mempunyai sebuah pusat memproses kit itu iaitu di Pusat Memperoses Makanan FAMA Kuala Selangor tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya