Banjir: Peniaga agih nasi lemak di PPS - Utusan Malaysia

Banjir: Peniaga agih nasi lemak di PPS

ZARINA Zainuddin (kanan) menyediakan nasi lemak kepada mangsa banjir di PPS Dewan Serbaguna Tok Jembal, Kuala Nerus, hari ini. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Seorang peniaga yang tidak dapat menjual nasi lemak selepas tidak sempat dihantar untuk dijual akibat banjir telah mengagihkan nasih lemas itu di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Serbaguna Tok Jembal di sini, hari ini.

Zarina Zainuddin, 44, dari Taman Uda dekat Kampung Tok Jembal di sini, banjir tersebut berlaku ketika dia sudah siap memasak dan hendak memulakan kerja-kerja membungkus untuk dihantar ke kedai makan kira-kira pukul 4 pagi

“Saya mula memasak pukul 3 pagi namun kira-kira sejam kemudian berdepan detik cemas apabila rumah didiami dinaiki air dengan begitu cepat sehingga mencecah paras lutut.

“Kerja-kerja membungkus makanan tetap diteruskan cuma sempat siapkan 200 bungkus sahaja sambil anak dan suami bergegas menyelamatkan dokumen-dokumen penting.

“Nasi lemak yang tidak sempat dibungkus kemudian dibawa ke PPS kerana kami perlu segera berpindah saya ambil keputusan untuk sedekah dan makan bersama mangsa yang lain,” katanya ditemui.

Zarina dan keluarganya antara lebih 150 penduduk di Taman Uda dan Taman Murni Permai dekat Kampung Tok Jembal yang dipindahkan ke PPS Dewan Serbaguna Tok Jembal di sini, hari ini.

Tambah Zarina lagi, meskipun kejadian banjir sudah menjadi ‘acara tahunan’ sejak 18 tahun menetap di situ, kejadian awal pagi tadi adalah sesuatu yang tidak dijangka dan berlaku begitu cepat.

Katanya, air melimpah masuk ke dalam rumah dengan laju ketika ramai penghuni di kawasan itu sedang tidur menyebabkan ramai berdepan detik cemas sebelum berpindah ke PPS.

“Setiap hari saya akan menghantar 400 bungkus nasi lemak untuk dijual di kedai-kedai makan sekitar kawasan ini tetapi pagi ini tidak sangka akan menghadapi situasi ini.

“Walaupun mengalami kerugian, saya tidak terkilan atau sedih kerana berpeluang membantu mangsa banjir lain yang ada tidak sempat menjamah makanan sejak pagi,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya