Banjir: Jumlah sekolah ditutup meningkat - Utusan Malaysia

Banjir: Jumlah sekolah ditutup meningkat

SEORANG murid meredah banjir di SK Wakaf Mempelam, Kuala Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 34 buah sekolah di enam daerah di Terengganu terpaksa ditutup sementara hari ini kerana dinaiki air dan sebahagiannya pula dijadikan sebagai pusat pemindahan sementara (PPS).

Timbalan Pengarah JPNT (Sektor Pengurusan Sekolah), Azman Othman @ Abdullah berkata, setakat ini, jumlah sekolah yang ditutup itu meningkat berbanding 22 buah sekolah semalam.

Katanya, sembilan sekolah ditutup pada hari ini kerana banjir manakala 25 sekolah lagi dijadikan PPS.

Menurutnya, empat sekolah yang ditutup kerana banjir di Kuala Terengganu ialah Sekolah Kebangsaan (SK)  Seri Budiman, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Abdul Malik, SK Kampung Bukit Chendering dan SK Tok Dir.

“Di Kuala Nerus pula empat sekolah yang ditutup ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Kemunting, SK Padang Kemunting, SMK Kompleks Mengabang Telipot dan Sekolah Sukan Malaysia manakala di Setiu hanya satu sekolah ditutup kerana banjir iaitu SK Kampung Besut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, lima sekolah di Kuala Terengganu yang dijadikan PPS pula ialah SK Chendering, SK Atas Tol, SK Pasir Panjang, SK Sungai Rengas Bekah dan SK Gong Tok Nasek.

“Di Kuala Nerus pula, terdapat penambahan lima lagi sekolah yang dijadikan PPS dengan jumlah keseluruhan sekolah yang ditutup ialah sembilan iaitu SK Gong Badak, SK Tok Jiring, SK Padang Air, SK Kompleks Gong Badak, SK Seberang Takir, SK Bukit Tunggal, SK Bukit Nanas, SK Teluk Ketapang dan SK Tok Jembal.

“Sekolah yang ditutup kerana dijadikan PPS untuk daerah Marang juga bertambah kepada tujuh sekolah iaitu SK Bukit Gasing, SK Rusila, SK Marang, SK Simpang Rawai, SMK Merchang, SMK Seberang Marang dan SMK Seri Payong,” katanya.

Bagi daerah Besut pula, terdapat tiga sekolah yang ditutup kerana dijadikan PPS iaitu SK Kuala Besut, SK Kampung Nail dan SK Kampung Baharu manakala di daerah Dungun, hanya satu sekolah terlibat iaitu SK Tok Kah.

Beliau berkata JPNT mengesyorkan sekolah-sekolah yang terkesan dengan banjir agar mengambil cuti bencana.

“Begitu juga dgn sekolah yang dijadikan PPS yang menempatkan  mangsa banjir yang ramai dan menggunakan banyak bilik darjah boleh memohon cuti bencana.

“JPNT juga sentiasa memantau perkembangan terkini situasi banjir di Terengganu terutama sekolah-sekolah yang terletak di kawasan berisiko agar keselamatan murid dan warga sekolah diberi keutamaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya