KUALA TERENGGANU: Situasi banjir di Pantai Timur terutama Terengganu dan Kelantan bertambah baik. Di Terengganu, mangsa banjir terus berkurangan kepada 711 orang daripada 186 keluarga di 13 pusat pemindahan sementara (PPS) seluruh Terengganu setakat pukul 4 petang ini. Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu berkata, ketika ini terdapat enam PPS beroperasi di Kuala Nerus, tiga di Kuala Terengganu, tiga di Marang dan satu di Besut. Menurutnya, jumlah mangsa tertinggi ketika ini ialah di daerah Kuala Terengganu iaitu 405 orang daripada 110 keluarga diikuti Kuala Nerus (117 orang daripada 27…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya