Bangkai gajah ditemukan di dalam Tasik Kenyir - Utusan Malaysia

Bangkai gajah ditemukan di dalam Tasik Kenyir

KEADAAN bangkai seekor gajah yang ditemukan di dalam Sungai Mandak di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

HULU TERENGGANU: Bangkai seekor gajah ditemukan di dalam Sungai Mandak, Tasik Kenyir dekat sini oleh sekumpulan pelancong pada awal minggu ini. 

Tinjauan Utusan Malaysia ke lokasi tersebut semalam mendapati bangkai gajah berkenaan sudah mula reput dan berbau busuk. 

Sementara itu, sebahagian kulit badan mamalia tersebut juga telah dimakan haiwan lain.

Beberapa ekor gajah liar lain turut kelihatan masih berada di kawasan tebing sungai tersebut dan dipercayai daripada kumpulan yang sama dengan gajah yang ditemukan mati itu. 

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Loo Kean Seong ketika dihubungi hari ini mengesahkan penemuan bangkai gajah tersebut dan dalam tindakan pihaknya.

Namun, katanya, pihaknya mendapati tiada kesan unsur-unsur kianat terhadap gajah tersebut seperti kesan tembakan atau terkena jerat, sebaliknya dipercayai kematian biasa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya