Bakhtiar kekal Presiden MSPGA

Bakhtiar kekal Presiden MSPGA

BARISAN Ahli Jawatankuasa Persatuan Profesional Golf Senior Malaysia (MSPGA) bagi tahun 2022/2023-2025.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bakhtiar Mohd. Amin kekal sebagai Presiden Persatuan Profesional Golf Senior Malaysia (MSPGA) bagi tahun 2022/2023-2025.

Menurut laporan mesyuarat agung tahunan 2023 MSPGA, Abd. Aziz Ismail pula dipilih sebagai Timbalan Presiden.

Hamzimie Hamzah dan R.Krisnamurty masing-masing sebagai Naib Presiden.

BAKHTIAR MOHD. AMIN

Selain itu, N Valliappan sebagai Setiausaha manakala Yeow Hin Ong sebagai Bendahari.

Dalam pada itu, lima individu dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa bagi 2022 / 2023-2025.

Mereka ialah Azmi Rashid, Hassan Ali, Wan Kamaruzaman Wan Chik, S.Sanderan dan Amir Zainal.

Dalam laporan sama, Bakhtiar mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas pelantikan dan pemilihan yang dilakukan.

Beliau menyatakan akan melaksanakan amanah, tugasan dan sedaya upaya memikul tanggungjawab yang diberi untuk kebaikan ahli-ahli dan untuk memajukan MSPGA.

Pada masa sama, beliau berharap ahli yang dipilih dapat bekerjasama sebagai satu pasukan dan melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya