SERAMAI 40 bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib ( SMART) Kuantan berkumpul semula setelah 45 tahun membawa haluan masing-masing membina kerjaya.
Mereka pelajar Tingkatan Enam sesi 1976/1977 berusia muda belia purata 19 tahun bertemu pandang semula pada usia 65 tahun yang kini berbeza gaya dan fizikal.
Pengerusi penganjur Romalah Saad berkata, pertemuan di Restoran Saiful Patin Gulai Masam Kuala Semantan Temerloh Daerah Titik Tengah Semenanjung mengimbau kenangan sebagai pelajar.
“ Perjumpaan semula di Kuala Semantan menjadi pemangkin kepada usaha untuk mengumpul lebih ramai lagi rakan yang kini menetap di dalam dan luar negara,” katanya.-UTUSAN